Tarikh Keputusan Permohonan ke Matrikulasi Boleh Disemak Mulai 27 April Jam 12 Tengahari!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 14, 2017, 04:52 pm

PERHATIAN: Semakan keputusan kemasukan ke Matrikulasi secara rasmi disahkan pada 27 April 2017, jam 12.00 tengahari hingga 11 Mei 2017 sama seperti mana makluman Afterschool sebelum ini. Anda boleh menyemak dengan klik disini untuk terus ke portal semakan rasmi. 

 

Keputusan permohonan ke Matrikulasi dijangka boleh disemak bermula pada 27 April 2017, jam 12.00 tengahari. Berita ini dimaklumkan sendiri oleh pegawai yang bertugas di Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas pihak Afterschool menghubungi untuk mendapatkan kepastian tarikh yang sebenar.

   

logo kpm no trans

 

Menurut pihak Matrikulasi, tarikh tersebut adalah berdasarkan makluman mereka sebelum ini yang menetapkan bahawa keputusan permohonan akan diumumkan dalam tempoh 30 hari waktu bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

 

283166_262360327114860_5025802_n

 

Walau bagaimanapun, kami menasihatkan anda untuk terus merujuk Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan tarikh yang sebenar kerana kemungkinan akan berlaku penangguhan jika timbul masalah yang tidak boleh dielakkan.

  IMG_8289  

Jika sebelum ini, kebanyakkan sumber lain menyatakan hari ini merupakan hari semakan keputusan ianya adalah palsu semata-mata. Jadi jangan terpedaya. Kepada anda yang tercari-cari pautan semakan, tahu bulan ini bulan apa? "April Fool"!!, Ahaa mungkin anda sudah terkena!. Hihi! . Tunggu penguguman dari pihak KPM pada 27 April nanti. Apa-apa pun semoga berjaya kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail