Tahukah Anda, Wang Berjumlah RM250 (KADS1M) Boleh Dikeluarkan dalam Bentuk Tunai!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 25, 2017, 12:36 pm

PERHATIAN :

KEPADA PEMOHON YANG MEMPUNYAI KADS1M, SEMAKAN KADS1M BOLEH DIBUAT MELALUI ATM ATAU SEMAKAN ONLINE https://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

KEPADA PEMOHON BARU, SISTEM PERMOHONAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OGOS 2018. KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK KEMUKAKAN PERMOHONAN http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

 

Ahaa, berita baik kepada anda yang memperolehi KADS1M. Tahukah anda bahawa wang yang berjumlah rm250.00 yang terdapat dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai!. Anda boleh keluarkan di mana-mana mesin ATM tetapi digalakkan melalui ATM Bank Rakyat. Kalau tidak akan dipotong RM1.06.

 

 

Wang yang boleh ditunaikan hanyalah rm240.00 sahaja yang boleh dikeluarkan. Rm10 lagi wajib ditinggalkan di dalam akaun sama seperti akaun bank yang lain. Itu je berita gembira yang kami hendak kongsikan. Jadi bolehlah membeli belah "buku-buku rujukan, alat tulis, kelengkapan belajar yang lain, barang make-up (eeh) tanpa rasa bersalah kan. Selamat berbelanja secara berhemah okay.

 

Untuk anda yang belum menerima emel, boleh menghubungi dahulu pihak Bank Rakyat untuk semakan lanjut. Jika mereka katakan kad anda telah tersedia, barulah pergi mengambilnya walaupun tidak menerima emel. Maklumlah permohonan yang terlalu banyak sehingga emel juga lambat dihantar. Jangan dihentam pihak kami, kami hanyalah pihak yang berkongsi info sahaja. Faham?.  Untuk artikel perkongsian mengenai KADS1M rujuk pautan berkaitan dibawah.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail