SKMM Digesa Sekat Aplikasi “Bigo Live” yang Bakal Mengundang Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja!

April 18, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Anda tahu apa itu Aplikasi “Bigo Live”?. Aplikasi ini dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Singapura dan mempunyai pengikut terutamanya dari Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina.

 

 

bigo-live

Secara dasarnya, aplikasi berbentuk ”live streaming” itu memberi ganjaran “hadiah” kepada pemilik akaun Bigo Live sepanjang waktu mereka bersiaran (live). “Hadiah” tersebut diberikan oleh penonton aplikasi tersebut sekiranya individu berkenaan menayangkan aset mereka termasuk “aset” yang tidak sepatutnya ditayangkan!.

 

bigo-screenshot-users

 

Penonton yang menyaksikan juga seronok memberi ‘hadiah’ kepada pemilik akaun ‘Bigo Live’ yang dengan mudah menayangkan ‘aset’ mereka, termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan.

 

217_1473486356

Antara hadiah yang diberikan oleh penonton.

 

Perkara berkenaan mendapat perhatian serius dari Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara yang menganggap aplikasi tersebut sebagai ”pelacur media sosial” dan memberi ancaman kepada generasi muda kerana ada di antara penonton aplikasi yang memberi komen lucah dan mahukan lebih daripada apa yang ditayangkan dan perkara ini mengundang ketagihan kepada pengguna dan akhirnya menjebakkan diri kepada perkara tidak sihat, terutamanya pelajar sekolah.

 

mustapa-bigo

Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff Kredit Gambar : Free Malaysia Today

 

Maka, Mustapa Kamal meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) segera menyiasat aplikasi ”Bigo Live” dan mengambil tindakan segera selain mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut sebelum ianya menular dan sukar untuk dibendung.

 

skmm

 

Untuk pengetahuan anda, pada asalnya tujuan aplikasi itu dibangunkan adalah untuk membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu atau meluaskan perniagaan mereka. Namun, aplikasi tersebut kini disalah guna bagi tujuan menjatuhkan moral dan dikhuatiri boleh mengundang masalah sosial dalam kalangan remaja.

 

Jadi, anda dinasihatkan untuk semak telefon bimbit anak anda termasuk suami atau isteri masing-masing sama ada mereka memuat turun aplikasi ini atau sebaliknya. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Hihi!!. Diharapkan pihak SKMM juga mengambil tindakan segera sebelum perkara ini menjadi salah satu punca kepada masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Log Masuk