Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM Dibuka Permohonan untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Seluruh Negara | Afterschool.my

Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM Dibuka Permohonan untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Seluruh Negara

January 10, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tidak akan menjadikan anda seorang penganggur terhormat setelah tamat pengajian kelak. Anda perlu bijak untuk mengatur urus kehidupan sendiri dengan mencari dan merebut peluang yang hadir disekeliling anda. Antara peluang tersebut adalah belajar sambil menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. Kemungkinan selepas menamatkan pengajian kelak anda tidak perlu lagi mengusung resume untuk memohon pekerjaan dan kemungkinan anda mungkin menjadi majikan kepada rakan anda yang sedang mencari kerja.

 

open

 

Dalam bajet 2017, telah diumumkan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2017 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).  Skim ini telah pun berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2036, dimana pelajar pusat pengajian boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma. Sejumlah 10 juta ringgit geran telah diperuntukkan untuk skim ini dan berlangsung selama 10 tahun dengan peruntukkan RM1 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak. Bagi anda yang berminat untuk memohon skim ini berikut dikongsikan syarat dan cara mendaftar perniagaan menerusi skim ini.

 

download

 

SYARAT PERMOHONAN SKIM

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institusi Kemahiran/Pusat Kemahiran dalam negara.
  3. Permohonan hanya untuk satu pendaftaran perniagaan yang baharu sahaja untuk tempoh satu tahun bagi seorang pelajar sepanjang tempoh skim ini berlangsung.
  4. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi mestilah juga dalam kalangan pelajar)
  5. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.

 

mengapa-ramai-anak-muda-mula-berniaga

 

CARA MEMOHON

    1. Pemohon perlu berkunjung ke pejabat SSM yang terdekat dan menyediakan beberapa dokumen seperti dibawah.
    2. Kad pengenalan.
    3. Dua salinan kad pelajar .
    4. Salinan asal surat perakuan pelajar dari pusat pengajian.

 

seorang-pelajar-lelaki-membantu-peniaga-berniaga-di-karnival-fita-preneur-16

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh mengubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke [email protected]. Jadi tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang untuk menjadi majikan kepada rakan anda!.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun