Sistem Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi 2018/2019 Kini Dibuka | Afterschool.my

Sistem Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi 2018/2019 Kini Dibuka

July 07, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Anda yang sekarang berada di Tingkatan 5 sudah boleh mula mengisi permohonan untuk kemasukan ke Matrikulasi bagi tahun 2018/2019. Permohonan dibuka sehingga 30 November 2017.

 

_MG_8936

 

Untuk semak syarat kelayakan umum dan syarat kelayakan akademik mengikut aliran dan pelbagai info berkaitan matrikulasi, anda boleh klik disini. Nasihat kami, apa sahaja aliran yang dipilih sama ada aliran sains, perakaunan atau teknikal, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Mulai sekarang, boleh terus fokus kepada subjek yang wajib mendapat gred yang baik dalam SPM nanti berdasarkan aliran yang dipohon.

 

Tanpa membuang masa, klik pautan dibawah :

 

_L4A2732

 

Ingat, persaingan sangatlah tinggi, jadi masih ada harapan lagi untuk anda skor gred yang tinggi bagi subjek yang diwajibkan mengikut aliran yang dipilih. Dan pada yang ragu-ragu sama ada ingin memohon atau pun tidak, percayalah anda akan menyesal nanti selepas keputusan diumumkan. Ini kerana, ramai yang menyangka mereka tidak mendapat keputusan yang baik, alih-alih semasa keputusan SPM sebenar memperolehi keputusan yang cemerlang. Tidak rugi pun jika mendaftar. Semoga berjaya dalam SPM nanti!.

 

_L4A2740

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun