Senarai Keseluruhan Institut Kemahiran Latihan Awam (IKLA) yang Perlu Memohon Melalui UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 17, 2017, 03:00 pm

Umum ketahui bahawa kemasukan ke Institut Latihan Kemahiran mulai sesi pengambilan tahun 2017 dikendalikan oleh UPU bermula daripada proses permohonan hinggalah kepada pemilihan.   2   Terdapat 4 buah Insitusi Latihan Kemahiran yang ditawarkan dibawah UPU iaitu :
  • Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)
    • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
    • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
    • Akademi Kemahiran belia Golf (AKBG)
  • Jabatan pendidikan Kolej Komuniti (JPPK)
    • Kolej Komuniti
  • Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
    • Politeknik Konvensional
    • Politeknik METrO
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
    • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan
  KKJ    

DASAR PEMILIHAN PELAJAR ILKA

  Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai :
  • 75% markah akademik
  • 10% markah kokurikulum
  • 15% Status Sosio-Ekonomi (SES) meliputi pendapatan, tanggungan dan tempat tinggal
 

KRITERIA PEMILIHAN

  Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:
  • Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM
  • Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  • Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
  • Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian/ kursus dipohon
  • Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
  • Memenuhi syarat khas program pengajian/ kursus seperti yang ditetapkan oleh Agensi/ Institusi
  • Program pengajian/ kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan
  • Bilangan tempat yang disediakan oleh Agensi/ Institusi
  irm_8633  

SENARAI PROGRAM & CARA MENYEMAK SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PENGAJIAN

  Semua program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Ambilan Tahun 2017 boleh didapati dalam e-Panduan menerusi laman rasmi UPU. Pemohon hanya perlu pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan, pilih kategori lepasan SPM/Setaraf dan klik butang MASUK.   Pemohon boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut Agensi/ Institusi. Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan khas yang telah ditetapkan
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail