Semak senarai Biasiswa Terkini Tahun 2017

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 20, 2017, 06:05 pm

Masih sempat lagi jika anda sedang mencari-cari biasiswa yang sesuai dengan kelayakan akademik dan kursus pengajian anda. Berikut kami kongsikan tawaran biasiswa yang masih dibuka untuk permohonan.

 

Biasiswa MAXIS 2017

 

Biasiswa ini dibuka untuk lepasan diploma yang sedang atau bakal mengikuti pengajian di peringkat ijazah  atau lepasan ijazah yang bakal mengikuti pengajian diploma lanjutan dalam semua jurusan pengajian di universiti tempatan atau luar negara. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2017.

 

biasiswa maxis

 

Biasiswa (Bakat Muda) IJM 2017

 

Biasiswa ini terbuka kepada pemohon yang bakal mengikuti pengajian atau sudah mendapat tawaran untuk pengajian sepenuh masa dalam kursus ijazah sarjana muda di universiti tempatan. Jurusan yang layak memohon adalah dalam bidang kejuruteraan sivil, mekanikal dan ukur bahan. Tarikh tutup permohonan pada 2 Julai 2017.

 

BIASISWA IJM

 

Biasiswa ISRA Bank Negara Malaysia (BNM) 2017

 

Biasiswa ini ditawarkan untuk pemohon yang bakal meneruskan atau sedang mengikuti pengajian Sarjana atau Kedoktoran kajian dalam Syariah, kewangan Islam atau yang setaraf dengannya dalam mod sepenuh masa. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017.

 

 isra

 

Biasiswa OCBC Bank

 

Biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang telah ditawarkan untuk kemasukan ke pengajian ijazah sepenuh masa tahun pertama di universiti-universiti tempatan yang terpilih. Biasiswa ini juga mengalu-alukan pelajar tahun pertama yang sedang dalam pengajian di universiti untuk memohon. Jurusan yang boleh dipohon adalah :

 

  • Perakaunan dan Kewangan ekonomi
  • Pentadbiran perniagaan
  • Sastera dan Sains Sosial
  • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Matematik dan Statistik
  • Sains aktuari
  • kejuruteraan
  • undang-undang

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2017.

 

ocbc scholarship

 

Biasiswa Pemboleh Ubah Yayasan Bank Rakyat 2017

 

Biasiswa ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama, etnik dan layak untuk pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam@ Tinggi Swasta dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

 

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains aktuari

 

Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian. * Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan layak untuk memohon. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2017.

 

bank rakyat

 

Biasiswa Top Glove 2017

 

Top Glove menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti kursus ijazah pertama secara sepenuh masa di universiti-universiti awam tempatan. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar dalam bidang berikut :

 

  • Mekanikal / Elektrik / Kejuruteraan Kimia
  • Chemistry / Bio Kimia / Fizik / Matematik
  • Sains Polimer / Sains Gunaan
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Undang-undang
  • Kejuruteraan awam

 

Apa yang menarik biasiswa ini dibuka sepanjang tahun!.

 

Biasiswa Yayasan Kuok 2017 (Ijazah Universiti Swasta)

 

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar Malaysia yang akan atau sedang mengikuti pengajian ijazah sepenuh masa di institusi berikut:

 

  • AIMST University, Kedah
  • Asia Pacific University of Technology and Innovation, Kuala Lumpur
  • HELP University, Kuala Lumpur & Shah Alam
  • International Medical University, Kuala Lumpur
  • INTI International University,
  • Laureate International Universities, Nilai
  • Management and Science University, Shah Alam
  • Monash University Malaysia, Sunway
  • Multimedia University, Cyberjaya & Melaka
  • SEGi University, Kota Damansara
  • Sunway University, Sunway
  • Taylor's University, Subang Jaya
  • The University of Nottingham Malaysia Campus, Semenyih
  • Tunku Abdul Rahman University College, Setapak
  • UCSI University, Kuala Lumpur
  • Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar & Sg. Long

 

Biasiswa ini ditawarkan untuk semua jurusan tetapi keutamaan akan diberikan aliran sains. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2017.

 

Biasiswa Karangkraf 2017!

 

Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah di IPTS. Biasiswa ini untuk semua jurusan dan dibuka sepanjang tahun. Untuk teruskan dapatkan informasi terkini berkaitan biasiswa di laman rasmi afterschool dengan klik disini. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail