SAPS Ibu Bapa : Semak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2019, 06:10 pm

Semakan SAPS ibu bapa atau dikenali sebagai SAPS guru, SAPS NKRA (Sistem analisis peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah) adalah sistem yang penting untuk ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat mengambil tahu tentang perkembangan akademik anak anda atau anak anda sendiri tidak pernah memaklumkan atau menipu keputusan peperiksaan mereka. Kini anda boleh membuat semakan sendiri untuk semua keputusan peperiksaan sama ada peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan percubaan bermula dari darjah 1 sampai lah Tingkatan 5 menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS IBU BAPA). Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Kepada yang sudah tak sabar menyemak keputusan anak masing-masing, berikut adalah langkahnya :

 

SAP LOGON : sumber KPM

  • Klik sapsnkra.gov.my untuk terus ke portal semakan (SAPS SEMAKAN IBU BAPA) (jika terpapar "the site’s security certificate….", klik sahaja "proceed" untuk teruskan dan tunggu sebentar sehingga portal rasmi semakan terpapar)
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir tanpa tanda - atau jarak contoh : 901102094425
  • Pilih Negeri
  • Pilih daerah
  • Pilih nama sekolah
  • Klik semak
  • Pilih tahun (Apabila sudah masuk ke sistem (SAPS SEMAKAN IBU BAPA), pilih tahun peperiksaan yang ingin disemak)
  • Pilih salah satu jenis peperiksaan (jangan risau akan terpapar semua jenis peperiksaan sama ada ujian 1 atau peperiksaan pertengahan tahun)
  • Papar markah peperiksaan
  • Selesai

 

SAP LOGON : SUMBER KPM

Sebagai perkongsian, gred permarkahan terkini sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut : 

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1-6)   

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1-3)   

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (TINGKATAN 4-5)   

  

Tunggu apa lagi boleh mula menyemak keputusan peperiksaan (SAPS Ibubapa) mulai sekarang & tidak perlu risau lagi untuk memantau prestasi pendidikan anak-anak anda dengan adanya sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS). Hanya dihujung jari sahaja!.

 

UNTUK BACA TUNTUTAN INSURANS BAGI PELAJAR SEKOLAH DI BAWAH SPAD KLIK DISINI

UNTUK BACA TUNTUTAN INSURANS DIBAWAH TAKAFUL MALAYSIA UNTUK MURID SEKOLAH KLIK DISINI

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail