Qatar Airways Tawar Jawatan Cabin Crew yang Berpengkalan di Doha & Qatar untuk Anda yang Berminat!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 21, 2017, 11:32 am

Berangan sahaja takkan membawa pada apa-apa perubahan. Berangan diikuti dengan tindakan barulah boleh capai impian itu. Ramai dalam kalangan artis di Malaysia asalnya adalah pramugara/pramugari. Berbekalkan dengan wajah yang cantik dan diasah sedikit bakat itu, meletuplah menjadi pelakon popular seperti Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Anuar zain, Mia Ahmad dan ramai lagi. Kalau tak ada bakat jadi artis sekalipun, bolehlah usha mr pilot. Tak gituu??.

 

QATAR-AIRWAYS

 

Apa pun jika anda berminat bekerja di awam biru, mahu melihat dunia sambil bekerja, inilah kerjaya yang tidak memerlukan kelayakan yang tinggi tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan!. Kepada anda yang berminat, Qatar Airways membuka tawaran Cabin Crew untuk anda.  Berikut adalah syarat kelayakan :

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  • Umur minimum 21 tahun
  • Lengan minimum mencapai 212 cm di hujung jari kaki
  • Pendidikan sekolah rendah yang minimum dengan bahasa Inggeris yang bertulis dan lisan
  • Kesihatan dan kecergasan berada di tahap yang sangat baik
  • Kesediaan untuk berpindah ke Doha, Qatar
  • Memiliki personaliti menarik & kemahiran interpersonal yang baik dan keupayaan untuk bekerja dengan pasukan dari pelbagai bangsa & negara.

 

INFO TEMUDUGA

 

  • Tarikh: 6 Ogos 2017
  • Tempat: INTERCONTINENTAL KUALA LUMPUR - 165 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Masa: 9 pagi hingga 5 petang
  • Kod Pakaian: Pakaian formal
  •  

qatar-airways-slide-3

 

DOKUMEN YANG DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

 

  •  1 salinan CV (resume)
  • 1 salinan fotokopi pasport (bahagian yang terdapat gambar sahaja)
  • 1 keping gambar berukuran pasport yang diambil dalam kod pakaian yang sama yang dinyatakan di atas (tanpa cermin mata)
  • 1 keping gambar penuh diambil dalam kod pakaian yang sama yang dinyatakan di atas (tanpa cermin mata)
  • 1 salinan sijil pendidikan tertinggi

 

FAEDAH

 

  • Gaji bebas cukai yang kompetitif
  • Penginapan yang lengkap, berkongsi dengan bilik tidur peribadi
  • Bonus
  • Kontrak terbuka selama tiga tahun
  • Elaun makan semasa bertugas
  • Pengangkutan semasa bertugas
  • Insurans perubatan yang komprehensif
  • Insurans hayat
  • Faedah perjalanan ke Qatar Airways dan syarikat penerbangan rakan kongsi lain

 

Menarik bukan?!. Jadi tunggu apa lagi rebutlah peluang ini. Peluang takkan datang selalu. Selain Qatar Airways, Air Asia dan Malindo Air turut membuka peluang jawatan Cabin crew di syarikat penerbangan mereka. Klik pada pautan berkaitan dibawah untuk permohonan ke jawatan yang sama di 2 buah syarikat itu.

 

PAUTAN BERKAITAN

  https://afterschool.my/bm_old/berita/temuduga-terbuka-jawatan-pramugari-air-asia-22-julai-2017/ https://afterschool.my/bm_old/berita/temuduga-terbuka-malindo-air-22-julai-2017-pramugara-sahaja/

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail