Punca Gagal dalam Permohonan Rayuan UPU & Pemilihan Pemohon untuk Rayuan Fasa 2

August 25, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Seperti mana yang kami maklumkan kepada pemohon yang gagal dalam rayuan UPU, samalah seperti apa yang dimaklumkan oleh pihak UPU. Punca kegagalan pemohon walaupun memenuhi syarat yang diletakkan adalah seperti berikut :

 

upu rayuan1

 

Untuk pengetahuan anda juga, UPU hanya mengendalikan sahaja urusan permohonan pelajar tetapi yang menentukan pelajar berjaya dalam permohonan atau sebaliknya adalah tertakluk sepenuhnya kepada universiti berkenaan terutamanya bagi lepasan Diploma/setaraf.

 

Walau apapun, untuk permohonan fasa 2 ini anda mungkin akan ditawarkan kursus lelong dimana kursus yang tidak dipohon. Ini kerana, hanya kursus yang masih ada kekosongan sahaja akan ditawarkan kepada anda yang layak. Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan khas bagi kursus yang masih ada kekosongan tersebut, anda akan gagal dalam rayuan fasa 2 ini .

 

Sementara itu, bagi anda yang berjaya dalam rayuan Fasa 1, anda akan masuk mendaftar bersama-sama dengan ambilan pertama nanti. Untuk yang bakal berjaya dalam ambilan fasa 2, anda akan diminta melaporkan diri pada waktu dan tarikh yang akan dihebahkan nanti. Semoga berjaya kami ucapkan!. Rujuk juga pautan berkaitan dibawah sekiranya anda gagal atau berjaya nanti. Info yang kami kongsikan berguna untuk anda.

Log Masuk