Program Teach For Malaysia Buka Peluang Kepada Graduan Bukan Pendidikan Untuk Menjadi Guru

June 6, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Tahu apa itu Teach for Malaysia?. TFM ini diwujudkan oleh Pihak YTFM dengan kerjasama pihak KPM untuk merekrut, memilih dan melatih graduan terpilih dan menempatkan mereka mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara. Menariknya hanya graduan BUKAN pendidikan sahaja yang layak untuk memohon!.

 

13407046_10153444100861370_6723836086558378779_n

 

Jika anda sebelum ini berminat untuk menjadi guru, impian itu tidak akan terkubur begitu sahaja apabila kursus DPLI dan KPLI dimansuhkan. Inilah salah satu peluang untuk merealisasikan impian tersebut!. Sekiranya terpilih, anda akan menjadi Felo TFM dan bakal mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun secara sepenuh masa bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019.

 

TFM1

 

Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun ini, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi dalam dan luar bilik darjah yang merupakan sebahagian daripada gerakan Alumni TFM. Dengan pengalaman yang diperolehi juga, anda boleh memohon bekerja di mana-mana sekolah swasta dan antarabangsa di negara ini.

 

tfm2

 

Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa pemilihan seperti berikut:

 

 

tfm3

 

KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN

 

Krtieria-kriteria asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:

 

RAM_4778

 

CARA PERMOHONAN

 

Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM). Permohonan boleh dilakukan di laman web http://teachformalaysia.org/home/apply/.

 

tfm4

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM adalah pada 16 Jun 2017 (Tarikh ini dimaklumkan oleh pihak KPM tetapi jika dilihat di laman rasmi TFM, tarikh tutup adalah 3 Julai). Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk memohon lebih awal. Sebarang pertanyaan tentang Program Teach For Malaysia boleh diajukan melalui emel di [email protected]Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM. Semoga berjaya!.

 

tfm6

 

Untuk anda yang ingin membaca kisah alumni TFM boleh klik disini. Mungkin dengan kisah yang dikongsikan dapat memberi sedikit gambaran sekiranya anda terpilih mengikuti program ini kelak.

 

PAUTAN MENARIK

 

Bidang Perubatan & Kesihatan Janjikan Peluang Kerjaya yang Luas di Sektor Swasta!

Kursus Kemahiran Ditanggung Kerajaan dengan Kelayakan Minimum untuk Lepasan SPM dan Graduan IPT di KISMEC

10 Pekerjaan Terkini & Pada Masa Hadapan yang Ditawarkan oleh Majikan- TalentCorp

Ireland Destinasi Pilihan Pelajar Malaysia!

Dua Banduan Penjara Dianugerahkan “Master’s Degree” dari OUM

Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik yang Menjadi Idaman Ramai!

Esei Anak Malaysia Mengenai Bagaimana Sukarnya Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Berjaya Tarik Perhatian 8 buah Universiti Ivy League!

Ketahui Cara untuk Memohon Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara!

Kanak-Kanak Genius, 14 Tahun Bergelar Pensyarah Matematik di Universiti Leicester

Log Masuk