Program Latihan Siswazah Perantis PUNB 2017!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 12, 2017, 02:52 pm

PUNB baru-baru ini telah memperkenalkan Program Siswazah Perantis dengan mensasarkan graduan muda Bumiputera yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Perantis yang berjaya menyertai program latihan ini akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perniagaan yang ingin diceburi.

 

image

 

Menerusi Program latihan ini, ianya akan membantu pelajar untuk mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan di syarikat-syarikat naungan PUNB. Syarikat-syarikat naungan PUNB ini dijadikan mentor kepada bakal peserta untuk mengadakan latihan keusahawanan di sana.

  Peserta yang digelar sebagai Perantis ini akan menjalani kursus latihan teori serta praktikal selama 12 bulan mengikut kursus yang diikuti. Dalam latihan ini, mereka akan didedahkan dengan pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus dan latihan teori.   Menurut PUNB, Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang peruncitan dan pengedaran. Apa yang istimewanya, mereka yang terpilih untuk menyertai program ini akan memperolehi keistimewaan seperti berikut :  

    • Perantis akan menerima elaun bulanan sebanyak RM900.00 + bonus tambahan sepanjang tempoh latihan.
    • Perantis akan memperolehi peluang pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 untuk memulakan perniagaan kelak dengan tambahan bonus sebanyak RM2,400.
    • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
    • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan boleh dipertimbangkan untuk skim pembiayaan PROSPER Usahawan Muda.

 

 

Bagi siswazah ijazah, diploma, atau sijil kemahiran tahap 2, anda boleh memohon untuk mengikuti program latihan ini. Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan :

 

    • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan
    • Graduan muda yang memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
    • Graduan muda yang berminat untuk menjadi usahawan
    • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa selama tempoh 12 bulan.

 

Bagi mereka yang berminat bolehlah memilih mana-mana program keusahawanan yang ditawarkan seperti tersenarai di bawah:

PK1

Program Keusahawanan Tekno & Khidmat Kreatif (Percetakan, telekomunikasi, cenderahati & ICT)

07022010128

 

PK2

Program Keusahawanan Kemahiran Kejuruteraan & Pembekalan Bahan Binaan (Pembuatan Khemah, kanopi, perkakasan dan peralatan rumah, pembuatan perabot, perkhidmatan membaik pulih penghawa dingin dan alat elektrik, khidmat mengecat, pembuatan besi dll)

office-air-conditioning-servicing-1024x682

 

PK3

Program Keusahawanan Khidmat Profesional (Akauntan) (Akauntan).

Contoh-Soalan-Peperiksaan-Online-Penolong-Akauntan-W27

 

PK4

Program Keusahawanan Khidmat Pendidikan (Pusat jagaan kanak-kanak, pusat pendidikan awal kanak-kanak, kedai buku dan alat tulis).

image (1)

 

PK5

Program Keusahawanan Fesyen (Butik muslimah, butik lelaki, butik tudung, butik perkahwinan, kedai pakaian kanak-kanak, kedai bunga tiruan)

baju pengantin murah ipoh

 

PK6

 Program Keusahawanan Pembekalan Barangan Am & Makanan (Pembekalan mesin fotokopi, kedai runcit, kedai peralatan automasi dan kelengkapan pejabat, pemprosesan minuman bikarbonat, penjualan tiket bas, bakeri, restoran, makanan sejuk beku)

475107&width=4320&height=2842&zwidth=4320&zheight=2842&x=2167&y=1421

 

PK7

Program Keusahawanan Bengkel Motokar & Motorsikal (Servis dan baik pulih kereta, motorsikal dan jentera berat, penjualan kereta, motorsikal dan alat ganti kereta dan motorsikal, kedai tayar).

r32s

 

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti program latihan ini, anda perlu menghadiri taklimat khas dan temu duga yang akan diadakan pada 23 Januari 2017, bermula pada jam 8.30 pagi, bertempat di Ibu Pejabat PUNB, Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral, KL Sentral. Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi. Ketika hadir ke temu duga berkenaan anda dikehendaki membawa bersama Salinan Kad Pengenalan, Sijil akademik tertinggi serta resume. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila layari laman rasmi sosial Facebook (Siswazah Perintis PUNB) atau menghubungi talian 03-27851417/0327851416/03-27851477.

 

Cfz6tYpUUAEA_cT

 

Mahu tahu mengenai biasiswa terkini untuk tahun 2017?. Sila klik di sini untuk melihat biasiswa apa yang bersesuaian untuk anda.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail