Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP), Program Kemahiran Profesional Percuma untuk Graduan Diploma & Ijazah | Afterschool.my

Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP), Program Kemahiran Profesional Percuma untuk Graduan Diploma & Ijazah

June 16, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Setiap daripada kita memang ada yang kurang bernasib baik. Dikurniakan ijazah/diploma tetapi masih tidak memiliki pekerjaan yang tetap. Jika anda ingin membaiki kehidupan anda tetapi tidak tahu caranya bagaimana, INSEP adalah jalan penyelesaiannya.

 

no job

 

INSEP adalah singkatan kepada Industrial Skills Enhancement Programme iaitu pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan Siswazah (diploma/ijazah) secara PERCUMA. Program ini memberi peluang kepada graduan diploma dan ijazah untuk meningkatkan peluang pekerjaan khususnya mereka yang masih menganggur /tiada pekerjaan tetap atau ingin meningkatkan kemahiran diri.

 

INSEP

 

PUSAT LATIHAN INSEP

 

Mereka yang memohon dan terpilih akan menjalani latihan di pusat-pusat latihan terpilih secara sepenuh masa dan di akhir sesi latihan, mereka akan menjalani latihan di syarikat-syarikat industri sesuai dengan kemahiran yang diikuti. Berikut kami kongsikan senarai pusat latihan berkenaan. (Anda boleh klik senarai pusat latihan untuk semak program yang ditawarkan dan jika berminat boleh memohon terus di portal berkenaan). Kursus yang paling menjadi tumpuan adalah Safety & Health Office (SHO), Plant Inspection Managment, NDT, Welding Inspection, Calibration Instrumentation, Oil & Gas Electro-Mechanical and Instrumentation.

 

 

PUSAT LATIHAN INSEP

 

Selain itu terdapat juga pusat kemahiran yang lain yang turut menyediakan program latihan dibawah INSEP. Klik disini untuk semak Pusat Latihan tersebut. Buat carian mengikut negeri dibawah kategori INSEP. Kemudian boleh terus menghubungi nama pegawai yang dipaparkan atau boleh buat carian institusi mereka.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM INSEP

 

Syarat kelayakan untuk sertai INSEP ini, mudah sahaja. Berikut adalah syarat kelayakannya:

 

  • Berumur di antara tidak melebihi 35 tahun pada tahun latihan dijalankan.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Mengikuti program latihan kemahiran sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
  • Mengikuti latihan di Penyedia Latihan yang diluluskan oleh Perbadanan. Untuk semak penyedia latihan di seluruh negara selain di 12 buah tempat berkenaan dan program yang ditawarkan klik disini dan boleh buat carian berdasarkan kursus yang ingin diikuti dibawah kategori INSEP)
  • Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain untuk mengikuti program ini.
  • Pemegang diploma atau ijazah.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan seorang penjamin (Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/  Penjaga yang sah)  selepas diluluskan pembiayaan latihan kemahiran

 

JUMLAH ELAUN BULANAN SEPANJANG PENGAJIAN

 

Jangan risau, memang dapat elaun!. Kaedah Pembiayaan kepada pelatih dibuat mengikut dua 2 kaedah iaitu:

 

  • Yuran Latihan akan dibayar terus kepada PPKN
  • Elaun Sara Hidup (ESH) untuk Program  INSEP sebanyak RM500.00 akan dibayar kepada pelatih setiap bulan

 

SEORANG PENJAMIN DIPERLUKAN

 

Penjamin memang wajib ada. (Maklum la kejap kau masuk tak sempat tamat latihan kau dah berambus). Jadi untuk mengelakkan masalah berkenaan, wajib ada seorang penjamin. Syarat-syarat penjamin :

 

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak diisytihar muflis
  • Ibu/Bapa/Penjaga yang sah
  • Suami/Isteri
  • Adik Beradik berumur 18 tahun ke atas

 

Sekiranya ada peserta yang tidak berjaya menamatkan program pengajian tersebut, peserta tersebut atau penjaminnya dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM20,000 ATAU sebahagian. Walaubagaimanapun, jika tidak tamatkan latihan disebabkan oleh sebab-sebab berikut, maka tidak perlu risau. Apa sebabnya? :

 

  • Meninggal dunia
  • Sambung belajar
  • Mendapat pekerjaan

 

94.79% (1)

 

DOKUMEN SOKONGAN PENJAMIN DAN PEMOHON YANG PERLU DISEDIAKAN

 

Dokumen sokongan yang diperlukan daripada Penjamin adalah seperti berikut :

 

    • Salinan kad pengenalan
    • Salinan slip gaji/Borang akuan pendapatan (jika tiada slip gaji)
    • Borang maklumat kewangan

 

Dokumen sokongan pemohon yang diperlukan bagi program INSEP adalah seperti berikut :

 

  • Salinan kad pengenalan/salinan sijil kelahiran
  • Salinan surat tawaran daripada PPKN/PL
  • Salinan diploma/ijazah/transkrip semester akhir/surat pengesahan tamat pengajian daripada UA/IPTS
  • Surat setuju terima (lampiran A) daripada PTPK
  • Salinan akaun CIMB Konvensional
  • Borang nama dan alamat pelatih serta penjamin

 

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

 

Untuk yang berminat, senang sahaja. Klik pada senarai institusi yang kami senaraikan di atas. Kemudian terus ke portal rasmi untuk semak program kemahiran yang ditawarkan, syarat kelayakan khusus program, tempoh pengajian, tarikh pengambilan pelajar dan tatacara permohonan. Semoga anda berjaya mengubah kehidupan anda kepada yang lebih baik. Kemahiran itu sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini!.

Tiada Lagi Diskriminasi Kepada Pelajar Aliran Kemahiran untuk Sambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Pertama!

Kursus Kemahiran Ditanggung Kerajaan dengan Kelayakan Minimum untuk Lepasan SPM dan Graduan IPT di KISMEC

Fokus pada kemahiran untuk gaji tinggi

 

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun