Program Destini Anak Bangsa (DAB) UiTM Buka Peluang Kedua kepada Lepasan SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 15, 2017, 03:50 pm

Menjadi mahasiswa universiti sememangnya merupakan impian para pelajar, lebih-lebih lagi setelah menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, tidak semua daripada mereka mampu menjadikan impian ini satu realiti atas pelbagai faktor terutamanya kemiskinan/ kelayakan yang rendah dan sebagainya.

 

 

Oleh itu, UiTM komited ingin membantu mereka demi membela nasib diri dan keluarga melalui peningkatan taraf pendidikan iaitu menawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di semua cawangan UiTM menerusi dua program iaitu Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains. Penubuhan program MDAB ini adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibu dan bapa kurang dari RM 4,000 SEBULAN.

 

Selain itu, peluang itu turut dibuka kepada lepasan pelajar tahfiz yang tidak berpeluang memasuki universiti lain untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diminati dibawah Akademi Pengajian Islam Kontemporari yang menawarkan empat bidang pengajian di peringkat sarjana muda.

 

 

 

Apa yang bagusnya program pra-diploma ini?. Jika anda terpilih, anda akan melanjutkan pengajian dalam program Pra perdagangan iaitu selama 1 semester dan pra diploma sains 2 semester. Tamat pengajian, pelajar yang mendapat keputusan yang baik berpeluang untuk diserap terus ke semester kedua, program diploma sepenuh masa di UiTM.

    

Menariknya lagi, pengajian ini ditanggung sepenuhnya iaitu PERCUMA. Yuran pengajian, penginapan dan elaun sara hidup ditanggung sepenuhnya sehingga tamat pengajian. Jadi kepada anda yang berminat untuk memohon, boleh buat permohonan kerana permohonan sedang dibuka sekarang sehingga 30 Ogos 2018 bagi kemasukan sesi september 2018.

 

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Cerita panjang lebar tidak guna, jika tidak memenuhi syarat. Syarat yang diletakkan sangatlah rendah. Berikut adalah syarat kelayakan bagi kedua-dua program :

 

PD002 (PRA PERDAGANGAN) : 1 SEMESTER / 6 BULAN

 

SYARAT AM UNIVERSITI:

 

  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.

 DAN

  • Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)

 

 SYARAT KHAS PROGRAM:

 

  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris

 

PD007 (PRA SAINS) : 1-2 SEMESTER /6-12 BULAN

 

 SYARAT AM UNIVERSITI:

 

  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.

 DAN

  • Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)

 SYARAT KHAS PROGRAM:

  • Kepujian Matematik / Matematik Tambahan

 DAN: Lulus Bahasa Inggeris  SERTA: Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Tambahan

 

MAKLUMAT PENTING & MUAT TURUN

  BORANG PERMOHONAN

  • Borang permohonan program MDAB ini sah untuk SATU (1) kali permohonan sahaja. Calon yang ditawarkan perlu mengambil peluang pengajian ini sebaik-baiknya jika ditawarkan tempat.
  • Pelajar yang lulus dalam Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) layak ditawarkan ke program diploma mengikut SYARAT-SYARAT kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM. KLIK DISINI untuk semak syarat khas yang bakal melayakkan anda ke program diploma.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
  • Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD.
  • Untuk muat turun borang permohonan KLIK DISINI (Pemohon BUMIPUTERA) & KLIK DISINI (Pemohon Orang Asli). Isi selengkapnya dan hantar terus kepada pejabat MDAB di cawangan UITM negeri masing-masing. KLIK DISINI untuk dapatkan alamat lengkap pejabat MDAB di semua kampus cawangan UiTM.

 

SENARAI LAMPIRAN BORANG PERMOHONAN MDAB

 

Borang permohonan MDAB mesti dihantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan, antara maklumat yang perlu di semak adalah seperti berikut:-

 

  • Borang Permohonan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) atau Mengubah Destini Orang Asli (MDOA)
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Ibu dan Bapa
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa
  • Salinan Sijil SPM/SPM Ulangan
  • Penyata BRIM ibu bapa (bagi yang memohon)
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen (contoh: Awam/Tentera) terkini Ibu dan Bapa atau Surat Pengesahan Pendapatan (jika tidak mempunyai slip/penyata gaji)
  • Salinan surat pengesahan majikan (gaji pokok dan elaun tetap) (jika berkaitan)
  • Penyata pencen JPA ( jika berkaitan)
  • Penyata pencen tentera dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ( jika berkaitan)
  • Kad pencen pesara kerajaan (jika berkaitan)
  • Salinan Sijil Kematian Ibu/Bapa (jika berkaitan)
  • Salinan Surat Cerai Ibu dan Bapa (jika berkaitan)
  • Cabutan sijil lahir dari daftar anak angkat ( jika berkaitan)
  • Cabutan dari kad pengenalan ibu bapa ( jika berkaitan)
  • Surat pengesahan keturaunan dari JKAO (MDOA sahaja)

 

Jadi kepada anda yang gagal ditawarkan ke UA sebelum ini layak untuk memohon. Untuk ke laman rasmi UiTM yang menghebahkan mengenai program pra diploma ini sila KLIK DISINI. Diharapkan melalui perkongsian ini ianya bermanfaat kepada anda untuk tidak berputus asa. Semoga berjaya kami ucapkan. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail