P&G Buka Tawaran Kepada Pelajar Tahun Akhir & Lepasan Siswazah untuk Bina Kerjaya selepas Tamat Pengajian

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 20, 2017, 02:56 pm

Program P & G Internship adalah program holistik yang dirancang untuk memberi peluang berharga kepada para pelajar untuk menjalani latihan intensif dalam persekitaran korporat yang menarik dan mencabar dibawah P & G. Jika anda terpilih, pihak syarikat akan mengasah bakat anda sekaligus anda akan berpeluang terlibat secara langsung dengan projek-projek syarikat, bergaul dengan individu dalam industri, memperolehi ilmu kepimpinan dan banyak lagi.

 

  

 

Menerusi program ini, setiap pelatih akan disesuaikan dengan pelan pembelajaran bagi memastikan mereka memperoleh tahap latihan, bimbingan dan latihan yang betul sepanjang mereka menjalani program di P & G.  Jadi, jika anda merupakan seorang pelajar sarjana muda tahun kedua, memiliki daya memimpin, suka mencuba perkara yang baru, sukakan cabaran dan berminat membina kerjaya di P & G, program ini sangat sesuai untuk anda.

 

Syarat Kelayakan

Program ini terbuka kepada semua pelajar yang memenuhi kriteria seperti berikut :

 

  • Sarjana / graduan universiti yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan dan keupayaan analitik yang kuat
  • Memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang
  • Memiliki Kemahiran lisan dan tulisan dalam bahasa Inggeris yang cemerlang
  • Berminat untuk mengikuti kerjaya di P & G selepas tamat pengajian
  • Sanggup mengikuti latihan selama 8 minggu hingga 6 bulan.

 

Cara Permohonan

 

  • Lengkapkan permohonan dalam talian (online) dan jalani ujian taksiran (Online Assesment)
  • Ambil ujian Global Reasoning Test di Pejabat P & G
  • Muat turn Resume maksimum 2 halaman yang mengandungi maklumat berikut :
    • Nama lengkap, nombor untuk dihubungi dan alamat
    • Latar belakang akademik termasuk transkrip penuh ijazah/diploma /STPM/ MATRIKULASI/ ASASI/ SPM/ PMR/UPSR
    • Maklumat mengenai penglibatan dalam kokurikulum/kepimpinan dan sebagainya
    • Skrol ijazah yang mengandungi maklumat tahun tamat pengajian
    • Pilih 3-5 aktiviti kepimpinan yang pernah disertai dan huraikan dalam anggaran 2-3 baris perkataan untuk menerangkan peranan dan penglibatan anda serta hasil yang dicapai selain projek-projek lain yang berkaitan, kerja penyelidikan, pertandingan, usaha niaga, organisasi olahraga, atau pengalaman yang terbaik pernah anda lalui.
  • Lulus temuduga dengan pihak P&G

 

Kepada anda yang berminat, boleh klik disini : Program Internship P&G. Para pelatih terbaik yang menonjolkan potensi sepanjang program ini akan ditawarkan jawatan tetap di P & G. Jadi apa tunggu lagi rebutlah peluang ini!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail