Perubahan Kriteria Kelayakan Akademik Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam 2017 dari Semua Subjek A+ kepada 9 Subjek A+ Sahaja

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2017, 02:08 am

Heboh spekulasi hangat mengenai isu kriteria permohonan Biasiswa Program Penajaan Nasional JPA (sebelum ini dikenali sebagai biasiswa Bursary) iaitu pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016 perlu mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM 2016 bagi melayakkan mereka menerima biasiswa itu.

  markah-SPM  

Berikutan perkara tersebut, ramai yang tidak berpuas hati apabil JPA mengubah syarat kelayakan dengan menetapkan pelajar perlu mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil tidak seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu jika pelajar mengambil 10 subjek dan salah satu subjek tidak mendapat A+, permohonan mereka masih lagi diterima dan jika mereka mengambil lebih daripada 9 subjek permohonan masih diterima.

  IMG-20150303-WA0009  

Berikutan isu tersebut, pihak JPA mengubah syarat kepada syarat asal dimana syarat kelayakan menetapkan pelajar perlu memperolehi A+ untuk semua subjek dengan sekurang-kurangnya 9 subjek dalam SPM 2016. Jadi jika pelajar mengambil lebih daripada 9 subjek dan 9 daripada 10 subjek tersebut mereka memperolehi  gred A+, mereka layak memohon.

    Picture2  

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di laman sosial Twitter rasmi milik beliau yang turut mengucapkan terima kasih kepada JPA kerana memperjelaskan dan mengubah syarat kelayakan tersebut.

  IMG-20170319-WA0019  

Oleh itu,  kepada anda yang keliru sebelum ini dan menyangka perlu mendapat semua A+ dalam semua subjek yang diambil bolehlah memohon biasiswa ini semula. Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini JPA menawarkan 3 kategori biasiswa iaitu Program Khas JKPJ 2017 (pengajian ke Jepun, Korea, Perancis, Jerman), program Penajaan 9A+ (P9A+) 2017 (pengajian dalam negara) dan Program Penajaan Nasional (PPN) 2017 (program pengajian luar negara).

  Picture3    

Selain biasiswa yang ditawarkan oleh JPA, banyak lagi biasiswa lain yang ditawarkan oleh pelbagai institusi selain syarat kelayakan juga tidaklah terlalu tinggi selain terdapat juga biasiswa yang menawarkan pekerjaan selepas tamat pengajian antaranya biasiswa Sime Darby, Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), biasiswa Telekom Malaysia, biasiswa Bank Negara Malaysia dan banyak lagi. Rujuk pada pautan di bawah untuk senarai biasiswa terkini yang ditawarkan. Semoga berjaya dalam permohonan!.

 

BIASISWA MENARIK LAIN

  Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi) Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi) Biasiswa Petronas dalam & Luar Negara 2017 Biasiswa Bank Negara Malaysia 2017 (Peringkat Degree, Masters &PhD) Biasiswa Khazanah Global & Khazanah Watan 2017 Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2017 Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017 Tabung Pendidikan Elena Cooke 2017 Biasiswa Permodalan Nasional Berhad Biasiswa Kerajaan Dibawah MyBrainsc untuk Pelajar Aliran Sains Kini Dibuka Biasiswa Kerajaan New Zealand 2017 untuk Melanjutkan Pengajian ke New Zealand Biasiswa ASEAN (Ditawarkan oleh Kerajaan Singapura) Biasiswa Yayasan Kuok Berhad (Pelajar sedang dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda) Biasiswa KPMG ASEAN 2017 Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017 Biasiswa Yayasan Peneraju 2017 Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM Feruni Ceramiche) 2017 Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) untuk Melanjutkan Pengajian Biasiswa Kerajaan Korea Biasiswa Kecemerlangan Universiti Manchester Biasiswa Karangkraf 2017! Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) 2017 Faculty of Engineering Excellence Scholarships (FEES) at University of Strathclyde, UK Biasiswa Xiamen Universiti 2017 International Excellence Undergraduate Scholarship UK Amcorp Study Grant 2017 Khazar University International Scholarship Program
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail