Permohonan online untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Dibuka 20 Mac 2017!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 13, 2017, 11:03 am

Berita baik kepada anda yang berminat untuk menjadi seorang guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan online untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pengambilan tahun 2017.

 

71431775996_950x600

 

Kepada anda yang berminat bolehlah membuat permohonan secara online yang akan dibuka pada 20 Mac 2017 kelak. Sedikit perkongsian untuk anda, PISMP ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan. Mereka yang mengikuti pengajian ini akan ditempatkan untuk mengajar di sekolah rendah selepas menamatkan pengajian kelak.

 

ne2

 

Tempoh pengajian bagi mereka yang terpilih untuk mengikuti Program PISMP ini adalah selama 12 bulan atau 2 semester di IPG dan mod pengajian adalah secara sepenuh masa. Selepas lulus PISMP ini, barulah mereka akan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG bagi melayakkan mereka mendapat ijazah sarjana muda dan ditempatkan mengajar di sekolah-sekolah rendah seluruh negara.

 

new

 

SYARAT KELAYAKAN ASAS

 

Tentu sahaja anda ingin mengetahui syarat kelayakan bukan?. Berikut kami kongsikan syarat kelayakan yang ditawarkan sebagai persediaan anda membuat permohonan kelak.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Lulus SPM dengan memperolehi gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat kelayakan dalam bidang pengkhususan yang dipilih.
 

81463396249_950x600

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Aplikasi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di laman www.moe.gov.my. Walau bagaimanapun buat masa sekarang, aplikasi permohonan masih belum dibuka sehingga 20 Mac nanti. Bagi membolehkan anda mengakses portal berkenaan, tiada sebarang nombor pin diperlukan. Anda hanya perlu mendaftar buat kali pertama sahaja dan boleh terus membuat permohonan.

 

images

 

Jadi kepada anda yang berminat, jangan lupa tarikh permohonan akan dibuka pada 20 Mac ini dan permohonan hanya dibuka selama 6 hari sahaja sehingga 26 Mac 2017. Jadi jangan terlepas peluang pula. Anda juga dinasihatkan untuk membaca e-panduan yang disediakan di portal permohonan sebelum membuat permohonan. Ini bagi mengelakkan sebarang kesalahan yang membuatkan permohonan anda akan ditolak mentah-mentah. Semoga berjaya dalam pemohonan kelak.

 

new1

 

INFO MENARIK YANG LAIN?

  Senarai keseluruhan biasiswa terkini setakat bulan Mac 2017   Program pengajian dan permohonan online separa perubatan kerajaan   Tip Temuduga Biasiwa yang wajib anda tahu!   Universiti hebat dalam bidang kejuruteraan   Macam mana hendak jadi guru?   Sambung belajar di Rusia dalam bidang doktor perubatan   Panduan lengkap masuk IPT dan tip permohonan UPU   Tawaran biasiswa untuk pelajar asasi   Laluan selepas SPM untuk menjadi Peguam, Hakim, pendakwa raya atau jawatan berkaitan perundangan
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail