Kenapa Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) & SMAP Labu Pilihan Terbaik Bagi Pelajar Aliran Agama Selepas SPM?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 17, 2017, 01:02 pm

Bagi anda pelajar lepasan SPM yang berminat untuk masuk ke tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, anda sudah boleh membuat permohonan yang sudah pun dibuka  pada tahun ini. 

 

  

 

Ramai tertanya kenapa perlu adanya saluran khas permohonan ke kedua-dua sekolah ini. Apa keistimewaanya dan kenapa majoriti pelajar lepasan SPM dari sekolah aliran agama sememangnya memasang impian untuk masuk ke tingkatan 6 di kedua-dua sekolah ini.

 

Sebagai perkongsian KISAS merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi yang melahirkan ramai pelajar cemerlang. Mengikut rekod, antara anugerah yang diterima oleh KISAS adalah :

 

  • Sekolah Elit
  • Sekolah Bestari
  • Sekolah Kluster Kecemerlangan (Fasa 1) 2007
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Cemerlang
  • Anugerah Cemerlang Keseluruhan antara SBP 2008
  • Sekolah Berprestasi Tinggi (Kohort 1) 2010

     

Manakala, pencapaian akademik KISAS adalah :  

  • Mendapat tempat pertama dalam ranking Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selama 14 tahun bermula tahun 2002 hingga 2016.
  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan STPM untuk 7 tahun berturut-turut iaitu tahun 2008,2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2015

    

Untuk Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu atau nama ringkasnya SMAP Labu, merupakan sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh. SMAP Labu merupakan salah sebuah sekolah daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa ke-4) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (kohort 2).

 

 

SMAP Labu ini melahirkan ramai tokoh keagamaan yang terkenal dan disegani ramai antaranya adalah :

 

  • Y.B Datuk Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Ustaz Ikmal Zaidi Hashim - Mursyid Imam Muda
  • Ustaz Zulkefli Hamat - Mursyid Imam Muda
  • Ustazah Norhafizah Musa - Tanyalah Ustazah TV9
  • Imam Muda Najdi - Program Imam Muda TV9
  • Dr. Muhammad Lukman Ibrahim - Pensyarah Taranum
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - Pendakwah Bebas dan Blogger Saifulislam.com
  • PU Fakhrul - Pencetus Ummah Astro
  • PU Izzat - Pencetus Ummah Astro
  • Syamsul Amri Hj Ismail ( Syamsul Debat) - Personaliti Tv Al Hijrah

 

Jadi sangat tidak hairan jika ramai pelajar yang berlumba-lumba untuk memohon masuk ke kedua-dua sekolah ini. Oleh itu, kepada anda yang berminat sekarang permohonan ke KISAS bagi kemasukan tahun 2019 telah dibuka. Anda boleh KLIK DISINI untuk terus ke artikel panduan permohonan. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail