Permohonan Kemasukan ke Kadet Akademi Laut Malaysia 2017 Kini Dibuka! | Afterschool.my

Permohonan Kemasukan ke Kadet Akademi Laut Malaysia 2017 Kini Dibuka!

March 20, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

81461836004_950x600

 

Akademi Laut Malaysia 2017 membuka permohonan kepada calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Maritim di ALAM. Calon-calon yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di ALAM akan dilatih sepenuhnya seterusnya berpeluang untuk menjadi Kapten kapal atau Ketua Jurutera di syarikat-syarikat perkapalan terkemuka di dunia.

 

IMG_8613

 

Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

 

Kepada anda yang berminat untuk memohon perlu memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh ALAM mengikut kategori program pengajian :

 

DIPLOMA PENGAJIAN NAUTIKAL 

(Klik untuk info program)

 

  • Memperolehi minimum 5C (kredit) dalam 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan 1 subjek lain sama ada Matematik Tambahan/Kimia/Biologi. (Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Diploma digalakkan memohon)
  • Bujang (lelaki & Perempuan), berumur 25 tahun dan ke bawah pada 1 Jun 2017
  • Sihat mental, fizikal dan kesihatan
  • Minimum ketinggian adalah 158 cm dan minimum berat adalah 48 kg bagi lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  • Minimum ketinggian adalah 155 cm dan minimum berat adalah 42 kg bagi perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  • Tidak buta warna
  • Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang bantuan alat penglihatan (Contact Lens atau Kaca Mata)

 

campus-dining

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN MARIN 

(Klik untuk info program)

 

  • Memperolehi minimum C (kredit) dalam 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik  (Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Diploma digalakkan memohon)
  • Bujang (lelaki & Perempuan), berumur 25 tahun dan ke bawah pada 1 Jun 2017
  • Sihat mental, fizikal dan kesihatan
  • Minimum ketinggian adalah 158 cm dan minimum berat adalah 48 kg bagi lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  • Minimum ketinggian adalah 155 cm dan minimum berat adalah 42 kg bagi perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  • Tidak buta warna
  • Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang bantuan alat penglihatan (Contact Lens atau Kaca Mata)

 

DSC_0375

 

CARA MEMOHON

 

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan, boleh muat turun borang permohonan ALAM dengan klik disini. Isikan dengan lengkap borang permohonan berkenaan dan emel kan semula kepada [email protected] sebelum 9 April 2017.

 

1471940_588792931170661_1287769322_n

 

Sekiranya anda terpilih untuk menghadiri sesi temuduga, sila klik di sini untuk melihat sampel Ujian Kemasukan ke ALAM. Anda perlu menduduki Ujian kemasukan ini sebelum anda terpilih untuk menghadiri sesi temuduga. Sekiranya anda gagal, anda tidak akan dapat meneruskan proses temuduga.

 

IMG_29201

 

ALAM juga mengingatkan supaya anda membuat persediaan untuk sesi temu duga dengan membuat sedikit pembacaan melakukan beberapa kajian mengenai kursus yang anda ingin memohon (Pengajian Nautika atau Kejuruteraan Marin) dan juga berkaitan bidang perkapalan dan industri maritim secara umum. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pengambilan Sekretariat di 06-3882 307/314.

BIASISWA DALAM & LUAR NEGARA TERKINI

 

Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi)

Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi)

Biasiswa Petronas dalam & Luar Negara 2017

Biasiswa Bank Negara Malaysia 2017 (Peringkat Degree, Masters &PhD)

Biasiswa Khazanah Global & Khazanah Watan 2017

Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2017

Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017

Tabung Pendidikan Elena Cooke 2017

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad

Biasiswa Kerajaan Dibawah MyBrainsc untuk Pelajar Aliran Sains Kini Dibuka

Biasiswa Kerajaan New Zealand 2017 untuk Melanjutkan Pengajian ke New Zealand

Biasiswa ASEAN (Ditawarkan oleh Kerajaan Singapura)

Biasiswa Yayasan Kuok Berhad (Pelajar sedang dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda)

Biasiswa KPMG ASEAN 2017

Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017

Biasiswa Yayasan Peneraju 2017

Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM Feruni Ceramiche) 2017

Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) untuk Melanjutkan Pengajian

Biasiswa Kerajaan Korea

Biasiswa Kecemerlangan Universiti Manchester

Biasiswa Karangkraf 2017!

Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) 2017

Faculty of Engineering Excellence Scholarships (FEES) at University of Strathclyde, UK

Biasiswa Xiamen Universiti 2017

International Excellence Undergraduate Scholarship UK

Amcorp Study Grant 2017

Khazar University International Scholarship Program

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun