Permohonan Kadet Juruterbang Air Asia Dibuka Sekarang!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2019, 03:01 pm

Kepada anda yang tentunya berminat atau berangan-berangan untuk menjadi pilot itu, berita baik kepada anda kerana Air Asia sedang mencari calon yang berkelayakan bagi mengikuti pengajian Kadet Pilot di syarikat mereka. Anda yang berkelayakan bolehlah membuat permohonan. Mana tahu andai ada rezeki kan?

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Sebelum anda membuat permohonan tentu sahaja syarat permohonan menjadi persoalan yang utama bukan?. Minat sahaja tetapi tidak memenuhi syarat kelayakan, tiada guna juga. Oleh itu, kami kongsikan syarat kelayakan seperti di bawah untuk semakan :

 

 

Kelayakan Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 28 tahun semasa permohonan dibuat
  • Tinggi minimum 158
  • Fasih dalam bahasa Malaysia dan English (menulis/lisan)
  • Cergas fizikal
  • Tahap penglihatan yang bagus

 

Berikut merupakan syarat kelayakan akademik untuk lulusan SPM :

  • Gred  "A" dalam Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Gred "B" dalam Fizik / Gred "A" dalam Sains
  • Gred "B" di mana-mana dua mata pelajaran lain

 

Berikut merupakan kelayakan akademik untuk lulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang Kejuruteraan / Sains :

  • Memiliki Diploma atau  yang berkaitan dengannya dengan (GPA 3.0 dan ke atas)
  • SPM dengan gred "B" dalam mana-mana 5  mata pelajaran termasuk Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris

 

Sudah buat semakan kelayakan?. Layak ke?. Jika anda rasa telah memenuhi kelayakan yang dinyatakan boleh memohon terus ke portal permohonan dengan klik di PERMOHONAN CADET PILOT AIR ASIA 2019. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail