Perlindungan Insurans Percuma di Bawah Skim Insurans Murid Sekolah oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 31, 2016, 01:05 am

Satu lagi skim yang perlu diketahui oleh ibu bapa adalah Skim Perlindungan Insurans Murid-Murid Sekolah dibawah SPAD. Skim ini diwujudkan selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi pembentangan Bajet 2013. Kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang bertindak sebagai agensi pelaksana dengan kejersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Skim Perlindungan Insurans  Murid-Murid Sekolah. Skim ini telah mula dikuatkuasa sejak Januari, 2013.

  bas-sekolah  

Skim ini dilaksanakan oleh kerajaaan sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam isu keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

 

Skim ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan KPM dan menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan SPAD diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak. Maklumat mengenai skim insurans ini adalah seperti berikut :

 

.

 

Bagi mengetahui mengenai  prosuder tuntutan insurans, borang tuntutan insurans, senarai pengendali bas seluruh semenanjung dan senarai cawangan takaful seluruh negara, klik pautan di bawah.

  PROSUDER PROSES TUNTUTAN INSURAN BORANG TUNTUTAN SIMS SPAD

SENARAI PENGENDALI BAS SELURUH SEMENANJUNG

SENARAI CAWANGAN TAKAFUL SELURUH NEGARA

 

Oleh itu, ambil tahu mengenai insurans percuma yang diperuntukkan kepada anak anda sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Untuk terus mendapatkan informasi terkini. terus setia bersama kami dengan melayari laman rasmi kami di afterschool.my/bm.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail