Pengurusan Hospitaliti

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 05, 2016, 04:15 pm

Adakah kamu sentiasa yakin dan bersemangat, mempunyai skil kepimpinan, dan suka membantu orang lain? Jika ya, kami ada kursus yang sesuai untuk kamu - Industri Hospitaliti Global!

Halatuju

Pengajian dalam pengurusan hospitaliti dan bidang-bidang yang berkaitan akan mendedahkan kamu kepada pengalaman kerja dan pembelajaran praktikal. Ijazah Lanjutan dalam bidang ini sangat berguna dan penting kerana kamu mungkin akan menceburi bidang-bidang berikut:

  • Pentadbiran Hospitaliti
  • Sukan dan Pengurusan Hiburan
  • Kewangan Hospitaliti
  • Bahasa dan Komunikasi
  • Khidmat Pelanggan
  • Hospitaliti Antarabangsa dan Amalan Pengurusan Pelancongan
  • Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Budaya
  • Isu-isu Semasa dalam Pembangunan Pengurusan Hotel
  • Bidang lain yang berkaitan

Fokus matapelajaran

Sebagai pelajar pengurusan hospitaliti, kamu akan mempelajari subjek-subjek berikut:

  • Pengajian perakaunan
  • Ekonomi
  • Teknologi Maklumat untuk Pengurusan Hospitaliti
  • Pemasaran
  • Pelancongan, Aktiviti Riadah & Pengurusan Hospitaliti
  • Tingkah laku Organisasi untuk Industri Perkhidmatan
  • Kepimpinan dan Pengurusan Industri Hospitaliti
  • Etika dan Undang-Undang
  • Operasi Pengurusan Penginapan
  • Khidmat Pelanggan
  • Bidang lain

Syarat kemasukan

Diploma: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Lulus dengan min. 5 kredit termasuk lulus Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah, O Level atau Setaraf. Ijazah Sarjana Muda: A Level, SPTM, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya.

Jenis personaliti

Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka yang bekerja dalam bidang pengurusan hospitaliti adalah komitmen, kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran komputer, bersemangat, kemahiran interpersonal, sifat kepimpinan, teratur, mementingkan keselamatan dan kebersihan, kebolehan kerja berpasukan, dan mementingkan setiap perincian. Cari jenis personaliti Myers-Briggs kamu di sini. Kod Holland Vocational : ESR (Enterprising, Social, Realistic) Ambil ujian RIASEC di laman web ini.

 Info kerjaya

Industri hospitaliti adalah sangat luas dan menyediakan pelbagai jawatan di peringkat pengurusan dalam bidang restoran, penginapan, pengaturcara majlis, taman tema, kelab resort, kapal pelayaran mewah, kasino, dan juga olahraga profesional. Beberapa pasukan sukan, misalnya, mencari individu yang mempunyai ijazah pengurusan hospitaliti untuk merancang perjalanan dan kehidupan harian atlet mereka.  Antara jawatan dalam bidang ini adalah:

  • Pramugari/Pramugara
  • Pelayan bar
  • Pengurusan hotel
  • Pengurus Front Office
  • Pengurusan Resort
  • Jawatan-jawatan lain yang berkaitan

Gaji

Tahap permulaan: RM 2000 - RM 3000 Tahap Profesional: RM 3000 - RM 5000

Tuntutan kerja

Di Malaysia: Sebilangan besar graduan memegang jawatan pengurusan di syarikat penerbangan, kapal persiaran mewah dan syarikat pelancongan. Ramai graduan membuka syarikat pelancongan di negara asal mereka untuk menyediakan khidmat pemandu pelacong kepada pelancong yang melawat negara mereka. Peringkat global: Industri hospitaliti sangat meluas kerana ia melibatkan restoran, hotel, pelancongan atau aktiviti riadah. Di kebanyakan negara, perniagaan utama adalah pelancongan. Malah, terdapat banyak peluang kerja di sektor kerajaan untuk graduan universiti.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail