Pengalaman belajar di IPG

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 11, 2016, 12:13 pm

Afterschool.my mengajak kawan-kawan kita berkongsi cerita dan pendapat mereka.Pengalaman belajar di IPG Tahun baru ini, Ahmad Aiman Bin Mohamed berkongsi pengalaman dan perjalanan mengejar gelar sebagai seorang guru Malaysia melalui Institut Pengajian Guru (IPG).

1. Ujian mental dan fizikal

Kena kuat kalau nak jadi cikgu!Pengalaman belajar di IPG Calon harus menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang menguji kelayakan kita sebagai seorang guru. Ujian tersebut terbahagi dua:

  • Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK)
  • Ujian jasmani Calon yang mengalami keuzuran boleh berkonsultasi dengan fasilitator dengan membawa surat pengesahan dari doktor.

2. Temuduga

Siap, kapten!Pengalaman belajar di IPG Pakaian mencerminkan keperibadian, jadi calon guru hendaklah berpakaian sopan dan kemas. Calon lelaki digalakkan memakai:

  • Kemeja T berkolar
  • Seluar kain hitam
  • Tali leher

Calon wanita digalakkan memakai:

  • Baju kurung/blaus
  • Kain panjang

Susun sijil-sijil dari sekolah berdasarkan tahap pendidikan paling tinggi (terbaru) hingga ke tadika (jika ada). Sesi temuduga ada 3, di mana dua sesi akan dijalankan per orang dan sesi ketiga dalam kumpulan yang terdiri dari 8 hingga 9 orang calon lainnya. Topik-topik temuduga/perbincangan termasuk:

  • Kenapa anda ingin menjadi guru?
  • Apakah motivasi anda menjadi guru?
  • Beri pendapat cara memajukan pendidikan di Malaysia.

Calon hendaklah kreatif dan ikhlas dalam memberi jawapan, dan JANGAN monopoli perbincangan berkumpulan! Sesi temuduga akan mengambil kira hal berikut:

  • Cara berkomunikasi
  • Kontak mata
  • Toleransi
  • Jawapan yang masuk akal
  • Perbincangan yang tidak melalut dari topik

3. Orientasi

Hai cik abang dan cik adik!Pengalaman belajar di IPG Waktu orientasi satu minggu mestilah digunakan untuk saling mengenal satu sama lain. Syarat berpakaian para siswa adalah kemeja putih dengan seluar atau kain hitam sepanjang musim orientasi.

4. Dari PPISMP ke PISMP

Anjakan paradigma.Pengalaman belajar di IPG Tahun pertama di IPG dinamakan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang mirip dengan program Asasi di Universiti Awam. Setelah itu, siswa IPG yang layak akan melanjutkan pengajian 4 tahun ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

5. Jadual IPG

Pengalaman belajar di IPG Siswa yang memulakan pengajian sesi Jun 2015 akan lulus dari PPISMP pada Jun 2016. Setelah cuti pertengahan semester bulan Jun berakhir, semester pertama PISMP akan bermula. Cuti sepanjang pengajian di IPG adalah sama dengan cuti di sekolah kerajaan biasa.

6. Ujian

Takkanlah calon guru pun meniru?Pengalaman belajar di IPG Terdapat 8 matapelajaran pada semester pertama di PPISMP, bermakna terdapat 8 ujian. Lima subjek akan dinilai secara berterusan (peperiksaan + tugasan) tanpa ujian akhir. Tiga matapelajaran teras akan dinilai berdasarkan tugasan dan ujian akhir.

7. Kuliah

Pengalaman belajar di IPG Kelas diadakan setiap Isnin hingga Jumaat setiap minggu, dengan kelas tambahan pada hari Minggu jika perlu. Jam kelas adalah anjal, dari seawal 7.45 pagi hinggalah 11 pagi. Tetapi akan berakhir pada masa yang sama setiap hari (4 petang) kecuali setiap hari Rabu (12 siang). Baca lebih lanjut di blog Aiman.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail