Peluang Menyambung Pengajian Perubatan di Rusia!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 06:59 pm

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan bergelar doktor. Walau bagaimanapun, kuota pengambilan pelajar untuk kursus perubatan di universiti awam adalah terhad. Oleh itu, terdapat beberapa universiti di luar negara yang menawarkan peluang untuk mencapai impian tersebut antaranya adalah universiti perubatan di Rusia. Maka, berikut dikongsikan universiti perubatan yang menjadi pilihan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian sekali gus mencapai cita-cita mereka untuk bergelar pegawai perubatan.

  fms1

Moscow State Medical University (MSMU)

Moscow State Medical University (MSMU) adalah universiti tertua dan terbesar yang melatih pegawai perubatan di seluruh Rusia. Selama lebih dari 240 tahun, Akademi Perubatan ini telah memainkan peranan yang utama dalam pembangunan sains perubatan, latihan perubatan dan kajian saintifik. Kini, institusi ini bertindak sebagai pusat utama yang memberi latihan dan pensijilan untuk menaik taraf status perubatan kakitangan perubatan dan ahli farmasi di seluruh Rusia. Selain itu, universiti ini berada di kedudukan ranking terbaik di Rusia dan mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), MMC, Kementerian Pengajian Tinggi dan UNESCO sebagai sebuah institusi perubatan kedua terbaik di dunia sejak tahun 1989.

 

MSMU menawarkan tiga kursus dalam bidang perubatan iaitu kursus persediaan selama satu tahun, kursus perubatan selama enam (6) tahun di mana pembelajaran akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris serta kursus untuk pengajian lepasan siswazah iaitu masters.

 

Kemudahan yang terdapat di sini adalah ianya terletak dalam kawasan Pusat Bandar Raya dan hanya mengambil masa 20 minit dari Kedutaan  Malaysia di Rusia. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah makmal, perpustakaan terbaik di Rusia, pusat perubatan yang merangkumi 18 buah klinik dengan pelbagai jenis bantuan perubatan, bilik kuliah dan asrama penginapan yang baru sahaja dibina bagi menampung keperluan pelajar.

 

pirogov-russian-national-research-medical-university-1-1

Russian National Research Medical University

Russian National Research Medical University ditubuhkan pada tahun 1906 dan merupakan sekolah perubatan tertua dan terkenal di Rusia. Universiti ini juga mempunyai Fakulti Pediatrik yang merupakan satu-satunya fakulti pertama seumpamanya yang ditubuhkan di dunia. Institusi ini telah mula mengambil dan melatih pelajar asing dari pelbagai negara di seluruh dunia.

 

Bahasa pengantaraan yang digunakan adalah Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penggunaan Bahasa Rusia akan digunakan ketika pelajar mula menjalani latihan ilmiah atau praktikal di hospital tempatan. Perubahan penggunaan bahasa ini penting kerana pelajar akan menjalani latihan praktikal yang memerlukan mereka berinteraksi dengan pesakit dan kaki tangan perubatan di hospital berkenaan.

 

Dari segi kemudahan, universiti ini menyediakan pelbagai kemudahan lengkap termasuk bilik kuliah, makmal, perpustakaan, kemudahan praktikal yang canggih, penginapan di dalam kampus universiti dan pelbagai lagi kemudahan yang lain.

 

Universiti ini berada di kedudukan kedua dalam kalangan universiti perubatan terbaik di Rusia dan juga merupakan salah satu universiti perubatan terbaik di dunia serta diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan MMC.

 

mbbs-in-kursk-state-medical-university-1

Kursk State Medical University

Kursk State Medical university ditubuhkan pada tahun 1935. Bermula pada tahun 1994, KSMU menjadi universiti pertama yang menawarkan kursus perubatan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Universiti ini mempunyai pengalaman yang luas dan sudah melatih lebih daripada 25,000 pegawai perubatan profesional di seluruh dunia.

 

Kemudahan infrastruktur  yang lengkap telah disediakan di KSMU, antaranya adalah klinik dan makmal perubatan yang terdapat di 25 buah hospital dan klinik kerajaan di negara itu bagi tujuan latihan dan praktikal, asrama penginapan berdekatan kampus universiti, surau untuk pelajar muslim, makanan halal turut mudah untuk didapati selain terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan pasar raya besar berhampiran dengan kampus universiti.

 

Ijazah perubatan yang diperolehi dari Kursk State Medical University ini bukan sahaja diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) malah ianya turut diiktiraf di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuk United Kingdom, Perancis, pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui oleh lebih 40 buah negara. Universiti ini juga menjadi pilihan lebih daripada 1300 pelajar Malaysia dan sejak tahun 1997 seramai 520 pelajar Malaysia sudah menamatkan pengajian di universiti tersebut.

 

RUTRA MEDIC Agensi Perundingan Terbaik Menguruskan Pengambilan Pelajar Perubatan ke Rusia

picture1-1-1  

Rutra Medic Sdn Bhd merupakan sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan perundingan dalam bidang sains perubatan, perniagaan, teknologi maklumat dan multimedia menerusi pendidikan. Agensi ini telah berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebuah agensi yang menguruskan pengambilan pelajar untuk menyambung pengajian khususnya dalam bidang perubatan.

 

Khidmat perundingan terbaik dapat diberikan memandangkan Rutra Medic terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan berpengalaman serta menjalinkan hubungan erat dengan beberapa universiti perubatan yang terkenal dan diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti  negara Rusia, Indonesia dan India.

 

Semua institusi perubatan yang ditawarkan oleh Rutra Medic adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan organisasi bersekutu yang lain. Setakat ini, Rutra Medic telah berjaya membantu lebih 1000 pelajar menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan menjadi pegawai perubatan profesional di Malaysia dan luar negara.

 

Universiti Perubatan Pilihan Pelajar Malaysia

Kursk State Medical University adalah universiti yang terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia yang hendak menyambung pengajian dalam bidang perubatan di sana. Menurut Rutra Medic, KSMU menjadi pilihan kebanyakan pelajar memandangkan yuran pengajian dan kos sara hidup di sana tidak terlalu tinggi berbanding universiti perubatan yang lain. Selain itu, keadaan persekitaran sosial di KSMU juga tidak terlalu membimbangkan kerana kawasan kejiranan tersebut sangat selamat untuk didiami.

  [caption id="attachment_65669" align="alignnone" width="600"]1964876_10152419797573807_5063993902829644914_n Sebahagian pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian perubatan di KSMU.[/caption]  

Yuran Pengajian dan Kos Sara Hidup

Yuran pengajian pada tahun pertama kemasukan adalah berjumlah RM 60,000 dan untuk baki lima (5) tahun selebihnya berjumlah RM30,000. Bagi ibu bapa yang berniat untuk menghantar mereka belajar dalam bidang perubatan tetapi kurang berkemampuan, mereka boleh mengeluarkan wang EPF masing-masing dan segala dokumen berkaitan pengeluaran simpanan EPF tersebut akan diuruskan oleh Rutra Medic. Bagi kos sara hidup bulanan pula, ibu bapa boleh memperuntukkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM500 memandangkan kos sara hidup di sana tidak terlalu mahal berbanding universiti perubatan yang lain.

 

Bahasa pengantar dalam Pengajian

Bahasa yang digunakan dalam pembelajaran di KSMU adalah bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pelajar pada tahun pertama akan menjalani program asasi selama satu tahun di kolej tempatan. Menerusi program asasi tersebut, mereka akan mendaftar dalam kelas bahasa Rusia secara percuma. Bahasa Rusia ini diajar sebelum mereka menyambung pengajian di sana bagi tujuan memudahkan komunikasi ketika menyambung pengajian di sana.

 

Syarat Kelayakan

Bagi membuat permohonan, pemohon mestilah mendapat 5 kredit dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan) di peringkat SPM.  Pemohon juga boleh menggunakan keputusan percubaan SPM untuk membuat permohonan. Sekiranya, selepas keputusan sebenar diumumkan dan pelajar gagal memperolehi 5 kredit dalam salah satu subjek yang dinyatakan di atas, pelajar masih boleh meneruskan pengajian. Ini kerana selepas menamatkan pengajian perubatan tersebut, pelajar boleh mengulang semula subjek kertas peperiksaan yang gagal sehingga memperolehi gred kredit. Keputusan tersebut penting bagi membolehkan pelajar bekerja sebagai pegawai perubatan di Malaysia. Ini kerana, keputusan peperiksaan tersebut akan dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan Annual Practicing Certificate yang membolehkan pelajar bekerja di Malaysia. Namun, sekiranya pelajar membuat keputusan untuk berkhidmat di luar negara, ijazah perubatan yang diperolehi masih diiktiraf oleh dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuk United Kingdom, Perancis, pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui oleh lebih 40 buah negara.

 

Sesi Pengambilan Pelajar

Bagi mereka yang berminat, sesi pengambilan pelajar akan dibuka pada bulan Februari dan September. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus perubatan yang ditawarkan boleh klik di sini atau menghubungi terus Rutra Medic di talian 60 3-7874 4191.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail