Peluang Lepasan SPM Gapai Impian menerusi Kursus Kemahiran secara Percuma di Kolej Kemahiran MARA | Afterschool.my

Peluang Lepasan SPM Gapai Impian menerusi Kursus Kemahiran secara Percuma di Kolej Kemahiran MARA

March 16, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Keputusan SPM diumumkan hari ini. Ramai yag buntu memilih jalan yang terbaik selepas menerima keputusan masing-masing. Bagi anda pula, apakah hala tuju anda?. Bidang akademik atau kemahiran?. Manakah yang menjanjikan peluang kerjaya yang lebih baik selain gaji yang lumayan?. Bagaimana dengan yuran pengajian dan sebagainya lagi.

 

Bagi anda yang memilih untuk belajar dalam bidang kemahiran, Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) yang merupakan salah satu bahagian yang berada di bawah Sektor Pendidikan MARA menyediakan Latihan kemahiran MARA kepada pelajar yang berminat.  Institut Kemahiran MARA yang pertama mula ditubuhkan di Jasin, Melaka sejak tahun 1968 lagi. Sehingga kini, BKT mengendalikan 11 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan 13 buah Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia.

 

Objektif

Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka pelbagai bidang dan program telah ditawarkan bagi memastikan latihan kemahiran MARA yang kini dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), dapat mengisi dan menyumbang keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan negara.

 

Jadi kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran selain menawarkan peluang pekerjaan serta gaji yang lumayan. bolehlah memohon pengajian kemahiran secara percuma di KKM. Selain itu juga, pelajar turut diberikan elaun percuma setiap bulan!.

 

Taburan KKTM & IKM seluruh Malaysia

SENARAI KKTM, MJII & IKM DI SELURUH NEGARA

 

Lokasi

 

Lokasi

 

SIJIL KELAYAKAN SIJIL DAN DIPLOMA YANG DIIKTIRAF

 

Persijilan Kluster

 

PROGRAM PENGAJIAN KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN BERSERTA SYARAT KELAYAKAN

 

PProgram

 

Kursus Lanjutan & Separuh Masa

 

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaita program pengajian yang ditawarkan berserta semakan syarat kelayakan berdasarkan keputusan SPM anda. Anda boleh klik di sini untuk ke portal senarai program.

 

KOLABORASI BERSAMA PAKAR INDUSTRI

 

Jika anda melanjutkan pengajian kemahiran di bawah MARA, peluang anda menimba ilmu kemahiran sangat luas selain anda turut berpeluang untuk bekerja di syarikat-syarikat besar seperti Sapura Holdings, Panasonic, Petronas, Proton, Felda dan banyak lagi. Kemahiran yang diperolehi nanti, akan melayakkan anda bekerja di mana-mana syarikat besar di seluruh dunia!. Boleh rujuk gambar kolaborasi yang kami kongsikan di bawah.

 

Kolaborasi Strategi

 

CARA PERMOHONAN

Kepada anda yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk membuat permohonan, bolehlah melayari portal rasmi permohonan ke Kolej Kemahiran MARA dengan klik di sini.Kami di Afterschool mengucapkan selamat maju jaya kepada anda. Jangan pernah berputus asa!

 

b6020a9bcc42acd85065461828043b37

 

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun