Panduan lengkap Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 07, 2017, 03:40 pm

 

Berakhirnya permohonan UPU semalam, ramai yang sudah terfikir mengenai pinjaman pendidikan. Bagaimana hendak sambung belajar jika duit tidak ada?. Ada juga antaranya sudah membuat keputusan untuk tangguhkan dahulu pengajian. Sedih kami mendengarkan permasalahan anda. Sebenarnya ada jalan bagi anda yang buntu memikirkan masalah kewangan untuk sambung belajar. Sebelum ini, kami sudah kongsikan mengenai pinjaman PTPTN dan menerusi perkongsian pada kali ini, kami kongsikan kepada anda mengenai pinjaman  Majlis Amanah Rakyat (MARA).

  1380110_orig   Kenapa MARA menawarkan pembiayaan pendidikan kepada pelajar?  

Matlamat tajaan MARA adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

  Berapakah jumlah kadar pembiayaan yang diberikan?  

Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

  ringgit   Siapakah yang layak memohon pinjaman pembiayaan dibawah MARA?  

Pinjaman pelajaran MARA adalah dibawah SPiP Pinjaman Terbuka khusus untuk calon-calon bumiputera yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian MARA (IPMa) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) dalam negara selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966. Selain itu, pemohon wajib memenuhi syarat am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA seperti berikut :

 

  • Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  • Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat
  • Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah
  • Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara
  • Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan
  • Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :
    • Peringkat Dalam Negara
      • Diploma Tidak melebihi 35 tahun
      • Ijazah Tidak melebihi 40 tahun
      • Sarjana Tidak melebihi 45 tahun
      • PhD Tidak melebihi 45 tahun
    • Peringkat Luar Negara
      • Ijazah Tidak melebihi 30 tahun
      • Sarjana Tidak melebihi 35 tahun
      • PhD Tidak melebihi 40 tahun
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem online eEduloan yang boleh dicapai di http://eduloan.mara.gov.my
  • Pelajar yang layak akan ditawarkan pinjaman meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun tesis.

  IPT manakah tersenarai di bawah Institut Pendidikan Mara (IPMa)?  

  • British Malaysia Institute
  • German-Malaysia Institute
  • Institute of Medical Science and Technology
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Kolej Polytech MARA KESEDAR
  • Kolej Polytech MARA Kota Bharu
  • Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Alor Setar
  • Kolej Polytech MARA Bangi
  • Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Ipoh
  • Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Kuala Lumpur
  • Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Kuantan
  • Kolej Polytech MARA Semporna
  • Kolej Polytech MARA Batu Pahat
  • Malaysian France Institute
  • Malaysian Institute of Aviation Technology
  • Malaysian Institute of Chemical Engineering (MICET)
  • Malaysian Institute of Marine Technology Engineering (MIMET)
  • Malaysian Spain Institute
  • Royal College of Medicine Perak
  • UNIKL- IPROM
  • UNIKL- Business School
  • UNIKL- IRPS
  • UNIKL- MITEC
  • UNIKL- Malaysian Institute of Information Technology (MIIT)

  Senarai IPTS yang boleh memohon pinjaman MARA?  

Semua IPTS yang mana kursus pengajian yang diikuti oleh pemohon diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Bilakah Permohonan MARA dibuka?

 

Check-Your-Open-Rate-First_ReportChimp

 

Jawapan untuk soalan ini sebenarnya rumit untuk dijawab kerana sekarang MARA lebih suka mendiamkan diri. Jika permohonan pinjaman untuk IPMa ianya sudah dibuka tetapi untuk IPTS lain perlu melalui portal rasmi eduloan yang masih belum dibuka.

  Adakah MARA untuk menyediakan wang pendahuluan pinjaman sebelum mendaftar masuk ke universiti sama seperti PTPTN?   Ya, tetapi wang pendahuluan pinjaman hanya diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di IPMa sahaja.

 

Apakah Syarat Kelayakan Bagi Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran?

 

  • Pemberian Wang Pendahuluan bagi tahun 2017 adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan

  • Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.

  • Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Skim Pinjaman Pelajaran (SPIP).

  • Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.

  • Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan

  Bagaimana cara untuk memohon pendahuluan pinjaman MARA?  

  • Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang online06.mara.gov.my/ependahuluan/.

  • Pelajar yang memohon Skim Pendahuluan Pinjaman MARA boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri yang berhampiran bagi menerima pembayaran setelah permohonan diluluskan.

  • Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja bermula dari tarikh Skim Pendahuluan ini dibuka.

  • Laman permohonan ini tidak akan dapat diakses oleh pemohon yang gagal menepati syarat-syarat kelayakan serta pemohon atau ibu bapa/penjaga dan penjamin yang telah disenarai hitam oleh MARA (blacklisted).

  • Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/surat beranak hendaklah disahkan serta dihantar ke Pejabat MARA Negeri sebagaimana yang telah dipohon oleh pelajar di dalam talian.

  Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman pendahuluan MARA?  

  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak oleh Pelajar dan disertakan (4 salinan) bersama-sama :
    • Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa
    • Salinan sijil kelahiran pelajar dan ibu bapa.
    • Salinan penyata gaji dan salinan Borang BE (cukai pendapatan) terkini bagi ibu bapa / penjaga yang bekerja dengan majikan.
    • Sekiranya ibu bapa / penjaga bekerja sendiri dengan pendapatan kasar yang tidak dikenakan cukai, perlu dikemukakan salinan surat pengesahan pendapatan yang mempunyai cop jawatan rasmi sama ada daripada Ketua Kampung, Ketua Mukim, Penghulu atau Imam Masjid Kariah yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai.
    • Salinan kad pengenalan dan salinan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan penjamin yang mempunyai cop jawatan rasmi daripada Ketua Kampung, Ketua Mukim, Penghulu atau Imam Masjid Kariah yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai.
    • Surat tawaran (asal dan salinan) kemasukan ke IPMa.

  Berapakah kadar pembayaran pendahuluan yang boleh diluluskan oleh Pejabat MARA Negeri?  

  • Jumlah bayaran adalah RM1000 atau RM1500 atau RM2000
  • Pejabat Pembayar adalah di Pejabat MARA Negeri seluruh Malaysia

  • Pemohon akan menerima bayaran di Pejabat MARA Negeri yang telah dipilih semasa permohonan dalam talian dibuat.

  Bagaimana dengan pembayaran balik pinjaman pendahuluan?  

  • Pelajar yang mendapat Pinjaman Pelajaran MARA (Yuran Pengajian & Elaun Sara Hidup), bayaran balik pendahuluan ini akan dibuat melalui potongan Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM600.00 dari bayaran ESH yang pertama (ESH dibayar sekaligus untuk enam bulan pertama) serta RM100 sebulan bermula semester kedua dan seterusnya sehingga bayaran balik pendahuluan ini selesai sepenuhnya

  • Bagi pelajar yang mendapat tajaan daripada badan penaja lain, bayaran balik adalah tertakluk kepada persetujuan rasmi daripada badan penaja tersebut

  • Bagi Pelajar yang mendapat Pinjaman Pelajaran MARA (Yuran Pengajian sahaja) serta pelajar yang tidak mendapat tajaan MARA atau mana-mana badan penaja lain, bayaran balik akan dibuat melalui ansuran bulanan sebanyak RM100.00 sebulan. Jadual bayaran balik akan dikeluarkan kepada Pelajar selepas satu (1) tahun tamat tajaan/pengajian berdasarkan kepada baki pinjaman pendahuluan. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan serta peraturan yang berkuatkuasa pada ketika itu.

  • Sekiranya Pelajar mendapat tajaan MARA dan telah ditamatkan tajaan kerana gagal dalam peperiksaan, maka Pelajar adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik Pinjaman tersebut dalam tempoh satu (1) tahun selepas tarikh penamatan tajaan

  Bolehkah membuat pinjaman MARA untuk pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di luar negara?.   shutterstock_309290078  

Tidak boleh. Pinjaman luar negara hanya diberikan kepada pelajar lepasan Ijazah Pertama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana (masters), profesional dan doktor falsafah sahaja. Pelajar perlu mendapatkan tawaran daripada universiti / institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan / MQA dan universiti terkemuka luar negara terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Pinjaman adalah untuk pengajian secara Kerja Kursus (by Coursework) dan Penyelidikan (by Research). Pelajar yang layak akan ditawarkan pinjaman meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun tesis.

  Adakah MARA menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang?  

Ya, iaitu di bawah SPiP Program Khas. Program ini khusus untuk pelajar-pelajar  mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya. Antara program Persediaan yang diitawarkan adalah ADFP, A-Level, International Baccalaureate (IB), Australia Matriculation (AUSMAT) dan lain-lain. Pemilihan pelajar disaring berdasarkan kepada kecemerlangan akademik serta ujian psikometrik dan temuduga. Jika memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan boleh memohon melalui iklan yang akan diumumkan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan melalui portal rasmi MARA. Pelajar perlu mengikuti Program Persediaan yang akan dijalankan di dalam negara serta mencapai keputusan akademik cemerlang sebelum dihantar melanjutkan pengajian  ke peringkat lebih tinggi di luar negara.

  Bolehkah Pinjaman MARA ditukar status daripada pinjaman kepada biasiswa?  

Tidak, tetapi akan mendapat jumlah pengurangan balik berdasarkan CGPA yang diperolehi. Pelajar hanya perlu memohon pengurangan balik pinjaman sahaja dibawah skim e-conversion. Klik di sini untuk ke portal pengurangan balik pinjaman. Baca syarat pengurangan balik MARA dan e-panduan pengurangan balik pinjaman. Tempoh setahun diberikan kepada peminjam untuk membuat permohonan balik pinjaman selepas tamat pengajian. Jika gagal berbuat demikian, peminjam wajib membayar 100% pinjaman yang telah dipinjam.

  Bilakah pembayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas tamat pengajian?   Pembayaran balik pinjaman adalah selepas tempoh SETAHUN peminjam menamatkan pengajian. Klik di sini untuk lihat cara pembayaran balik pinjaman MARA.   Bolehkah membuat penangguhan balik pinjaman MARA?  

Penangguhan bayaran balik hanya diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian ke peringkat lebih tinggi secara sepenuh masa sahaja. Permohonan penangguhan boleh dibuat dengan cara menulis surat dan mengemukakan bersama surat pengesahan belajar dari institusi pengajian yang sedang diikuti yang mempunyai maklumat berikut :

  • Nama Kursus yang sedang diikuti
  • Tarikh mula pengajian
  • Tarikh dijangka tamat pengajian

  Diharapkan anda jelas dengan perkongsian ini. Sebarang pertanyaan atau kekeliruan boleh klik dibawah untuk ajukan pertanyaan kepada kami.   White_square  

ARTIKEL BERKAITAN

  Ketahui Cara untuk Memohon Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara!Tarikh-Tarikh Penting Permohonan & Pendaftaran Masuk Ke Tingkatan 6 2017 yang Wajib Anda Tahu!Cara Menduduki Semula Peperiksaan SPM Ulangan & Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2017!Permohonan ke Tingkatan Enam 2017!Keseluruhan Laluan Selepas SPM yang Wajib Anda Tahu Berserta Syarat Kelayakan!Permohonan Kemasukan ke Kadet Akademi Laut Malaysia 2017 Kini Dibuka!Semakan Keseluruhan Program Pengajian di IPTA/IPTS/Kemahiran yang Mendapat Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)Biasiswa yang Wajib Anda Tahu!Tip Mencari Biasiswa yang Wajib Anda Tahu!Info yang Perlu Anda Tahu Mengenai MUET untuk Melayakkan Anda Masuk Universiti!Doktor & Ahli Farmasi Tiada Jaminan Jawatan Tetap dalam Kerajaan Walaupun Pengajian Ditaja oleh KerajaanSTPM Sukar? Fakta atau Mitos?Panduan Lengkap Permohonan PTPTN12 Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi yang Beri Pulangan Gaji Lumayan!7 Universiti Terbaik Dunia dalam Bidang Kejuruteraan5 Punca Graduan Gagal Memperolehi Pekerjaan berdasarkan kaji selidik oleh Jobstreet9 Laluan yang Bakal Melayakkan Anda Menjadi Seorang Guru!  

BIASISWA TERKINI

 

Biasiswa Gamuda 2017

Biasiswa Hong Leong 2017

Biasiswa CIMB ASEAN 2017

Biasiswa Astro 2017

Biasiswa Top Glove 2017

Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2017!

Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2017

Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017

Biasiswa Karangkraf 2017!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail