Ady Anuar, Pelajar PhD Tajaan MARA di Universiti Durham, UK antara sekumpulan Saintis yang Menemukan Lubang Hitam Suppermassive Berdekatan Galaksi Bima Sakti | Afterschool.my

Ady Anuar, Pelajar PhD Tajaan MARA di Universiti Durham, UK antara sekumpulan Saintis yang Menemukan Lubang Hitam Suppermassive Berdekatan Galaksi Bima Sakti

January 10, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Pernahkah anda mendengar tentang black hole atau digelar sebagai lubang hitam?. Menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA), lubang hitam adalah ruang atau tempat dimana wujudnya daya graviti yang terlalu kuat sehinggakan cahaya sekali pun tidak berupaya untuk menghindar daripada disedut masuk ke ruangan berkenaan.

 

20130509galaksi

 

Sebesar mana lubang hitam ini?

Menurut para saintis, lubang hitam ini terbentuk sejak bermulanya alam ini. Terdapat tiga jenis lubang hitam yang telah dikenal pasti oleh saintis, pertama adalah lubang hitam yang paling kecil iaitu sekecil atom. Walaupun ianya kecil tetapi di dalamnya dipenuhi oleh jisim seberat gunung- ganang (jisim merujuk kepada bahan yang terkandung dalam sesuatu objek). Satu lagi jenis lubang hitam dikenali sebagai “Stellar”. Lubang Hitam Stellar ini jisimnya adalah 20 kali ganda beratnya jisim yang terkandung dalam matahari. Terdapat banyak lubang hitam Stellar ini dalam Galaksi Bumi atau dikenali sebagai Bima Sakti manakala lubang hitam paling besar dikenali sebagai “Suppermassive”. Supermassive ini dipenuhi oleh jisim yang dikatakan beratnya 1 milion matahari di dalamnya. Menurut saintis, setiap galaksi besar akan wujudnya lubang hitam suppermassive yang terletak di tengah-tengah galaksi termasuklah Galaksi Bima Sakti. Lubang Hitam Suppermassive di Galaksi Bima Sakti dikenali sebagai Sagittarius A. Jisim yang terdapat dalam Sagittarius A kini adalah seberat 4 milion matahari dan masih boleh memuatkan bermilion jumlah bumi di dalamnya.

 

black-hole-supermasif

 

Bagaimana terbentuknya lubang hitam ini?

Menurut saintis, lubang hitam ini terbentuk bermula sejak wujudnya alam ini. Lubang Hitam Stellar terbentuk apabila bintang-bintang bersaiz besar jatuh atau mati. Apabila terjadinya situasi ini, ianya akan menyebabkan Supernova. Supernova merujuk kepada bintang yang bertaburan di ruang angkasa.

 

galaksi-bergabung

 

Jika lubang hitam adalah gelap, bagaimana saintis mengetahui mengenai kewujudannya?

Walaupun saintis tidak boleh melihat lubang hitam ini disebabkan oleh kekuatan gravitinya yang luar biasa tetapi saintis boleh melihat sekuat mana tarikan graviti tersebut mempengaruhi bintang dan gas yang berada di sekitar lubang hitam tersebut. Saintis akan mengkaji bintang untuk mengetahui sama ada mereka bertaburan di galaksi atau kedudukan bintang mengarah ke arah lubang hitam. Apabila bintang berada berdekatan dengan lubang hitam, tenaga cahaya yang cerah akan terhasil. Cahaya ini hanya boleh dilihat menerusi statelit dan teleskop di ruang angkasa.

 

Bolehkah Bumi disedut oleh lubang hitam ini?

Lubang hitam yang terbentuk ini tidak bergerak di ruang galaksi untuk menyedut bintang, bulan, planet atau apa sahaja yang berada di ruang angkasa. Bumi tidak akan disedut kerana tiada lubang hitam yang berada berdekatan dengan sistem solar bumi.

 

Jika lubang hitam itu jisimnya seberat matahari sekali pun, bumi tidak akan jatuh ke dalamnya. Lubang hitam akan sama gravitinya dengan matahari. Bumi dan planet yang lain akan tetap mengelilingi orbit lubang hitam sama seperti mengelilingi orbit matahari. Matahari juga tidak mungkin akan menjadi seperti lubang hitam kerana ianya tidak sebesar bintang untuk membentuk lubang hitam seperti itu.

 

bumi

 

Baru-baru ini, pelajar Malaysia yang menyambung pengajian PhD di Universiti Durham, United Kingdom Nur Adlyka Ainul Anuar atau dikenali sebagai Ady Anuar bersama kumpulan saintis telah mengharumkan nama negara menerusi penemuan bukti akan kewujudan lubang hitam supermassive di dalam galaksi dimana, ianya terletak 38 milion tahun cahaya jaraknya daripada bumi. Ady Annuar membentangkan penemuan berkenaan pada hari ahad lalu di Majlis Mesyuarat American Astronomical Society kali ke 229 dengan tajuknya  “Black Holes, Green Galaxies, Old Stars & NuSTARs”.

 

7845262_20150502051019

 

Beliau mengguna pakai informasi daripada NASA’s Nuclear Spectroscopic Telescope Array (NuSTAR) untuk menfokuskan galaksi yang digelar sebagai NGC 1448, dan menemui bukti wujudnya lubang hitam suppermassive berkenaan di galaksi tersebut.

 

“Lubang hitam ini terletak agak berdekatan dengan Bima Sakti, tetapi ianya tidak kelihatan sehingga sekarang, Ianya seakan “monster” yang bersembunyi di bawah katil anda,” kata Nur Adlyka. Menurutnya lubang hitam NGC 1448 itu juga, merupakan salah satu lubang hitam supermassive yang kabur dan masih banyak lagi sepertinya di galaksi ini, namun ianya tidak kelihatan.

 

Bercerita mengenai latar belakangnya, Ady Anuar menyatakan beliau menyedari minatnya yang menjurus ke arah ruang angkasa ini sejak berusia 13 tahun dan berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang astrofizik. kini impiannya itu telah tercapai.

 

“Saya terinspirasi selepas menonton Armageddon dan Apollo 13,” katanya yang kini sedang dalam pengajian PhD dalam bidang Astrofizik di Centre for Extragalactic Astronomy di Durham Unversity, UK. Pelajar tajaan MARA ini juga menyatakan hasratnya untuk berkongsi pengalaman berkaitan penemuan ini dan dunia angkasa lepas sekiranya berpeluang selepas menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air kelak.

 

armageddon-008

Barisan pelakon Armageddon.

 

apollo

Apollo 13.

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun