Menteri turun padang perbaharui pelan hutang PTPTN

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 30, 2016, 04:55 pm

Kementerian Pendidikan Tinggi sedang merumuskan pelan untuk membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyelesaikan pinjaman pelajaran mereka.idris-jusoh Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebelum membantu peminjam, kementerian perlu menilai keadaan mereka bagi mengenal pasti peminjam yang benar-benar menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik atau mereka yang sengaja enggan berbuat demikian. "Saya akan rumuskan versi saya sendiri, pelajar boleh datang berjumpa saya (Idris), kami akan draf cara untuk membantu mereka (peminjam) membayar balik pinjaman PTPTN mereka, saya adalah alternatif mereka," katanya. Idris, bagaimanapun, menegaskan peminjam pada masa sama perlu terus membuat pembayaran balik pinjaman mereka kepada PTPTN ketika pelan sedang dirumuskan. Ditanya mengenai jumlah peminjam yang telah menghubungi kementerian setakat ini bagi mendapatkan bantuan, Idris berkata beliau secara peribadi telah menerima kira-kira 30 e-mel daripada peminjam yang berdepan kesukaran untuk membayar balik pinjaman mereka. Setakat Julai tahun ini, terdapat 2.49 juta pemimjam PTPTN di seluruh negara sejak badan itu ditubuhkan pada 1997. Sebelum ini dilaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi menyasarkan kutipan balik pinjaman sebanyak RM3 bilion menjelang akhir tahun ini susulan sasaran bayaran balik pinjaman sebanyak RM2 bilion diunjurkan bagi tahun ini telah dicapai.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail