Matrikulasi Awam

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 03, 2016, 05:40 pm

AS-BM-Pelajar-matrikulasi Matrikulasi awam ialah program pra universiti yang disediakan oleh kerajaan. Berbanding dengan Tingkatan Enam, ia adalah program kursus yang lebih mudah. 90 peratus pelajar matrikulasi ialah Bumiputera, dan 10 peratus pelajar ialah bukan Bumiputera.

Kenapa pilih kursus ini?

Matrikulasi adalah pilihan terbaik untuk pra-universiti kerana ia lebih mudah dan yurannya yang murah. Bagaimanapun, terdapat persaingan yang kuat dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan undang-undang.

Syarat masuk

Program matrikulasi terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Kelayakan masuk salah-satu program tersebut berdasarkan keputusan SPM pemohon: Program Satu Tahun (PST)

  • C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam satu subjek sama ada Fizik atau Biologi, dan Prinsip Akaun
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua subjek berikut: Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains Asasi, Fizik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Lukisan Teknikal

Program Dua Tahun (PDT)

  • C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Kimia
  • D dalam Matematik
  • C dalam satu subjek berikut: Fizik, Biologi, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Pilihan matapelajaran

Semua pelajar Matrikulasi dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum; Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan atau Pasukan Beruniform. Semua subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris:

  • Matematik
  • Sains
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Informatika

Matapelajaran wajib

  • Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Dinamika
  • Pendidikan Islam / Moral

Program Matrikulasi menawarkan tiga(3) jurusan pengajian:

  • Sains (Kod M001)
  • Perakaunan (Kod M003)
  • Teknikal (Kod M007)

Mata Pelajaran Teras

  • Jurusan Sains
    • Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
    • Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
    • Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
  • Jurusan Perakaunan
    • Matematik
    • Perakaunan
    • Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
  • Aliran Teknikal
    • Matematik
    • Kimia Kejuruteraan
    • Fizik Kejuruteraan
    • Pengajian Kejuruteraan

Kaedah penilaian

Pengajian PST akan bermula pada April sementara PDT akan bermula pada Mei. Satu-satunya perbezaan antara PST dan PDT: PDT: Mata pelajaran diajar merentangi 2 tahun. PDT membolehkan pelajar yang agak lemah sedikit dapat menamatkan kursus mereka. PDT hanya ditawarkan kepada pelajar bumiputera. PST: Mata pelajaran diajar dalam tempoh setahun. Peperiksaan Pelajar dikehendaki mendapat CGPA 2.0 dan ke atas, jika gagal, pelajar perlu untuk mengulangi kertas peperiksaan semula. Nilai Gred dikira melalui Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sistem (PNGK). PNGK tertinggi adalah 4.0, dan gred ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang terdiri dalam 0% -100% bagi setiap mata pelajaran.

Yuran

Yuran pengajian bagi aliran Sains dan Teknikal ialah RM550 manakala Perakaunan ialah RM500.

Cara daftar

Pendaftaran bermula Julai dan pemohon dikehendaki mendaftar secara online di www.moe.gov.my. Iklan akan disiarkan oleh Afterschool,my dan akhbar berbahasa Malaysia. Untuk mendaftar, pemohon dikehendaki untuk mendapatkan nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Baca lagi beza Matrikulasi dan program Asasi di sini.

Jalan ke Uni

Luar Negara  Matrikulasi jarang diberi pengiktirafan oleh universiti luar. Malaysia Pelajar yang berjaya lulus Matrikulasi layak untuk melangkah ke universiti dengan ijazah sarjana muda. Pemilihan pelajar adalah sama seperti pemilihan pelajar dari Tingkatan Enam. Untuk mengetahui tentang 10 soalan lazim tentang Matrikulasi, boleh layari ke laman web ini.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail