Matrikulasi, Asasi atau Diploma?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 17, 2016, 02:24 pm

Halatuju-Byline-600x200dilemma-arrows Dilema yang sedang dihadapi oleh pelajar lepasan SPM 2015 yang mendapat tawaran ke matrikulasi (tetapi mungkin masih belum mengesahkan untuk menerima tawaran tersebut), kini ditambah dengan satu lagi tawaran ke IPTA untuk mengikuti pengajian asasi ataupun diploma di Universiti Awam ataupun Politeknik Premier. Kenalpasti di IPT manakah program pengajian yang memberi ijazah sarjana muda atau diploma dalam bidang yang berkaitan ditawarkan. Berikut adalah 3 asas pemilihan sebagai panduan pelajar.

  • Jika program ijazah sarjana muda tersebut ditawarkan di universiti yang ada menawarkan program asasinya sendiri seperti UPM, UUM, UKM, UiTM, UM, UNIMAS, USIM, UIAM, UMS atau UNISZA maka sertailah program asasi yang ditawarkan di universiti ini bila tamat program asasi nanti.
  • Jika program ijazah sarjana muda yang ingin diikuti ada ditawarkan di universiti lain yang tidak menawarkan program asasinya sendiri seperti USM, UNIMAP, UTM, UPSI, UMP, UMK, UMT, UTEM, UTHM maka pelajar seharusnya memilih untuk mengikuti program matrikulasi yang membuka peluang untuk pelajar memohon ke mana-mana universiti bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
  • Program Asasi UM dan UiTM juga membuka peluang untuk pelajar memohon mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di mana-mana universiti sama seperti kelayakan matrikulasi (yang berbeza dengan matrikulasi adalah syarat kemasukan ke asasi UM dan UiTM ni berbeza lebih tinggi berbanding syarat ke matrikulasi.

Diploma

Ada pelajar memikirkan untuk memilih diploma berbanding asasi atau matrikulasi kerana takut “tak dapat bawa” pengajian asasi/matrikulasi dan takut kalau dapat PNGK rendah nanti susah nak sambung ke ijazah sarjana muda dan nanti akan dapat program lelong. Tidak juga bermakna jika pelajar memilih laluan diploma peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda lebih mudah. Dalam perbincangan “Pengalaman Dari Diploma ke Ijazah Sarjana Muda” di dalam Facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM di https://www.facebook.com/groups/halatuju/permalink/1191434104230923/ telah menunjukkan pengalaman sebenar pelajar-pelajar lepasan diploma yang kebanyakkannya mencapai PNGK 3.00 ke atas pun tidak semua yang berjaya mendapat pengecualian apabila menyertai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Ramai yang terpaksa mengikuti pengajian ijazah sarjana muda bermula dari tahun 1 semester 1 semula selepas menamatkan pengajian diploma 2½ - 3 tahun. PPISMP di IPGM Kepada yang dah tekad untuk menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) di IPG anda mungkin terpaksa membuat pilihan dengan apa yang ditawarkan sekarang berdasarkan faktor yang saya nyatakan di atas sehingga keputusan permohonan anda ke IPGM diumumkan. Terima dulu apa-apa tawaran yang telah diterima.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail