Kursus Kemahiran Ditanggung Kerajaan dengan Kelayakan Minimum untuk Lepasan SPM dan Graduan IPT di KISMEC

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 16, 2017, 11:57 am

 

Adakah anda pelajar lepasan SPM risau jika keputusan SPM nanti mengagalkan anda dalam pemilihan UPU?, Anda pelajar lepasan SPM sebelum tahun 2014 yang tidak melayakkan anda memohon kemasukan ke universiti?, atau anda sudah pun melanjutkan pengajian di universiti dan tamat pengajian, bergelar graduan tetapi malangnya belum memperolehi pekerjaan?.

 

 

 

Persoalan kami kepada anda, apakah yang terlintas di fikirkan anda apabila melihat berita-berita di atas?. Majikan sekarang lebih berminat menggaji pekerja berkemahiran bukan?. Jika ya, apa yang anda lakukan untuk mengubah masa depan anda dan untuk memperolehi kemahiran tersebut?. Tahukah anda dimana tempat yang menawarkan pembelajaran kemahiran secara PERCUMA?. Kursus kemahiran apa yang ditawarkan?. Bagaimana untuk memohon?. Siapakah yang layak memohon dan sebagainya.

    

Bagi menjawab segala persoalan anda itu, kami kongsikan salah satu pusat latihan kemahiran yang terletak di Kedah iaitu Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC). Di KISMEC, mereka menawarkan kursus kemahiran untuk pelajar lepasan SPM dan juga graduan IPTA/IPTS yang masih lagi menganggur dan pembiayaan pengajian ini ditanggung oleh kerajaan. KISMEC menerima pelajar sehingga had umur 35 tahun bergantung kepada kursus yang ditawarkan.

    

PROGRAM KEMAHIRAN UNTUK LEPASAN SPM

 

Kursus kemahiran yang ditawarkan untuk pelajar lepasan SPM adalah seiring dengan Workers Technical Transformation Program (WTTP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu belia lepasan SPM melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran (Multi-Skilling) seterusnya memenuhi permintaan yang tinggi terhadap keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di negara ini.

    

Pembelajaran kemahiran di KISMEC lebih menfokuskan kepada pembelajaran teknikal (70%) berbanding teori iaitu (30%). Berikut antara kursus kemahiran yang ditawarkan untuk lepasan SPM (klik pautan berwarna biru untuk menyemak skop pengajian dan syarat kemasukan) :

 

1. AWS - Sijil Kimpalan 6G (Tempoh pengajian 12 bulan)

2. Elektronik Industri - Tahap 2 & 3 (Tempoh pengajian 24 bulan)

3. Juruteknik Elektrik - Tahap 2 & 3 (Tempoh pengajian 12 bulan)

4. Operasi Sistem Komputer - Tahap 3 (Tempoh pengajian 12 bulan)

5. Pelukis Pelan Mekanikal - Tahap 3 (Tempoh pengajian 12 bulan)

6. Pelukis Pelan Senibina - Tahap 3 (Tempoh pengajian 24 bulan)

7. Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar (Tempoh pengajian 6 bulan)

8. Plastik Teknologi - Tahap 2 & 3 (Tempoh pengajian 24 bulan)

9. Sijil Profesional Marin (Tempoh pengajian 7 bulan)

 

Jadi kepada anda lepasan SPM yang menghadapi masalah seperti di atas, usah risau kerana anda masih lagi berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah jika anda melanjutkan pengajian di KISMEC kemudian mengambil Sijil Kemahiran Tahap 4 atau diploma kemahiran dari mana-mana insitusi yang diiktiraf oleh kerajaan. Permohonan anda di bawah UPU kelak adalah dibawah kategori Diploma/setaraf.

 

PROGRAM KEMAHIRAN UNTUK GRADUAN

    

Untuk graduan pula, program kemahiran yang dilaksanakan adalah dibawah Industrial SKills Enchancement Program (INSEP). Program ini diwujudkan untuk membantu lepasan graduan yang masih lagi menganggur memiliki kemahiran yang menarik minat majikan terhadap mereka.

    

Jika anda risau, sekiranya masih belum memperolehi pekerjaan selepas menamatkan pengajian, usah bimbang kerana kursus yang ditawarkan adalah bertepatan dengan kehendak industri semasa selain sijilnya diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.  Ini kerana, tenaga pengajarnya adalah dalam kalangan pakar industri dalam dan luar negara. Kursus kemahiran yang ditawarkan untuk graduan di KISMEC adalah :

 

1. Automotive Assembly Operation (Tempoh pengajian 10 bulan)

2. Design Of Automation Equipment Programme (Tempoh pengajian 12 bulan)

3. Electrical Maintenance and Management (Tempoh pengajian 6 bulan)

4. Injection Moulding Production Technician (Tempoh pengajian 10 bulan)

5. Mobile Computing Application Developer (Android) (Tempoh pengajian 7 bulan)

6. NDT - Ultrasonic Testing (CSWIP) (Tempoh pengajian 7 bulan)

7. Network Security Professional (Tempoh pengajian 7 bulan)

8. Robotic and Automation (Tempoh pengajian 6 bulan)

9. Safety And Health Officer (SHO) (Tempoh pengajian 6 bulan)

10. Wireless & Data Communication (Tempoh pengajian 8 bulan)

 

 

 

CARA PERMOHONAN

 

Kepada anda yang berminat untuk membuat permohonan, jangan segan silu. Inilah peluang untuk memperolehi kemahiran. Kemahiran yang dimiliki nanti bukan sahaja menjanjikan gaji yang lumayan apabila tamat latihan kelak malah anda juga boleh bergelar usahawan dengan membuka perniagaan sendiri. Untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan, daftar secara online dengan klik di sini,

    

Diharapkan perkongsian ini membantu anda yang sedang keliru, kurang yakin dan sedang bersedih kerana masih menganggur. Peluang itu sentiasa anda, cuma sejauh mana anda mencari dan merebut peluang itu. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan info-info berguna dan terkini seperti ini. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail