KPM akan Perkasakan Peranan Pesara Guru Sebagai Pemimpin Pendapat -Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 31, 2016, 02:47 am

Pesara guru adalah mereka yang telah berjasa terlebih dahulu dalam melahirkan ramai anak bangsa yang kini menyumbang bakti kepada negara. Oleh itu, peranan pesara guru ini haris diperkasakan dan mampu bertindak sebagai “ pemimpin pendapat” dalam kalangan masyarakat.

  education_minister_mahdzir_khalid-250815-tmi-nazirsufari-300x200  

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian itu akan sentiasa mencari elemen yang penting bagi membolehkan golongan pesara ini tidak terpinggir dan masih diperlukan dalam dunia pendidikan negara walaupun sudah menamatkan perkhidmatan mereka.

 

Menurutnya lagi “Walaupun golongan ini sudah bersara, namun ramai antara mereka yang masih menyalurkan pendapat dan melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), koperasi dan badan-badan amal berkaitan pendidikan yang lain,” katanya.

 

Mahdzir turut berharap golongan pesara guru ini akan terus menerus memberi sumbangan semampu mereka bagi memastikan segala jasa mereka tidak dilupakan dan sentiasa terus kekal disanjung tinggi di mata masyarakat.

  piiiisa-transformed  

Terdahulu, Mahdzir berkesempatan meluangkan masa melawat pesara guru yang menghidap pelbagai penyakit antaranya kencing manis, strok dan kanser usus di empat rumah di sekitar Kampung Serkam Darat dan Taman Koperasi Serkam, di sini.

 

Program sumbangan itu diadakan sebagai tanda terima kasih negara terhadap segala jasa dan pergorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail