Kolej Universiti Agrosains Malaysia Unggul sebagai Institusi Pendidikan Utama Menfokuskan Pengajian dalam Bidang Pertanian

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 14, 2017, 02:10 pm

Bidang pertanian merupakan salah satu antara 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Bagi NKEA Pertanian, ianya akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion dan 74,000 tambahan peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

 

Lahan Pertanian Berteknologi Tinggi Jepang 5

 

Tahun 2020, hanya berbaki 3 tahun sahaja lagi, jadi tentu sahaja usaha keras akan dilakukan untuk mencapai kedua-dua matlamat itu. Maka, bagi anda pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian, tentu sahaja memikirkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian bukan?. Jadi, mengapa tidak anda melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian yang sudah terang-terangan menjanjikan peluang pekerjaan yang luas ini?.

 

07-urban-farm1

 

Bidang pertanian itu kotor, bekerja di bawah terik matahari, kulit gelap, memerlukan tenaga yang kuat, letih, pulangan keuntungan, tengok petani majoritinya miskin, kerja dalam bidang pertanian nanti gaji ciput dan sebagainya. Ramai dalam kalangan anda yang beranggapan sedemikian bukan?. Alahai, usah menunjukkan pemikiran kolot sebegitu.

 

sektor-pertanian

 

Ya, memang diakui dahulu, bidang pertanian ini tidak menghasilkan pulangan yang lumayan, memerlukan kerahan tenaga yang banyak, majoriti golongan petani tinggal di kampung-kampung, hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

 

pertanian

 

Untuk pengetahuan anda, senario itu berlaku pada zaman dahulu kala sahaja tetapi kini tidak lagi. Kemajuan dalam teknologi pertanian yang dicipta hasil penyelidikan sekarang sudah jelas membuktikan bahawa kegiatan pertanian menjanjikan pulangan lumayan kepada petani sekali gus menghapuskan stigma negatif terhadap bidang pertanian.

  [embed]https://youtu.be/-_tvJtUHnmU[/embed]  

Jika anda masih beranggapan bahawa pekerja di bidang pertanian ini adalah pekerja bawahan yang tiada kelas, kami kongsikan kepada anda 3 buah negara maju di dunia yang menjana pendapatan ekonomi menerusi bidang pertanian walaupun ada antara negara itu tiada langsung ciri-ciri sebuah negara pertanian seperti negara kita.

 

jepun

 

Jepun

Sebut sahaja negara Jepun, sudah tidak perlu perkenalkan lagi. Jepun merupakan salah sebuah negara terbaik dalam bidang pertanian. Mereka memanfaatkan kepakaran teknologi dengan menerapkannya dalam bidang pertanian. Antara ciptaan teknologi khas untuk pertanian di negaranya adalah mencipta traktor tanpa pemandu, mesin khas untuk aktiviti penanaman dan penuaian hasil tanaman selain penggunaan teknologi lampu LED untuk menghapuskan serangga perosak selain pengolahan bahan-bahan bagi tujuan menambah hasil tanaman. Penggunaan teknologi ini tentu sahaja mengurangkan penggunaan tenaga dalam kalangan pekerja bidang pertanian, mencepatkan kerja-kerja pertanian seterusnya menambah hasil tuaian.

  [embed]https://youtu.be/U9ZbTFepR94[/embed]  

Belanda

 

Untuk pengetahuan anda, Belanda tiada langsung ciri-ciri sebuah negara pertanian. keluasan negaranya hanya 41.526 km persegi sahaja yang tentu sahaja tiada tanah untuk aktiviti pertanian yang luas, iklim sejuk yang mungkin sahaja mustahil untuk menjalankan aktiviti pertanian. Namun, tahukah anda bahawa Belanda merupakan negara pengeksport produk pertanian kedua terbesar di dunia dengan nilai eksport mencecah 72.8 milion Euro iaitu kira-kira 339 milion ringgit. Produk utama mereka adalah benih dan bunga.

  [embed]https://youtu.be/UKRsugmwL-8[/embed]  

Bagaimana mungkin perkara ini terjadi?. Perkara ini berlaku kerana Belanda menfokuskan kepada aktiviti penyelidikan dan terdapat satu pusat penyelidikan pertanian terkenal di sana iaitu di Universiti Wageningen. Dengan penyelidikan yang dilakukan, mereka dapat mengatasi masalah-masalah yang menghalang aktiviti pertanian di negara itu. Di Malaysia, turut terdapat pusat penyelidikan seperti RISDA yang menfokuskan kepada pertanian getah.

  [embed]https://youtu.be/ZFhVvFAMT84[/embed]

 

Australia

 

Walaupun keluasan Australia lebih luas berbanding Malaysia tetapi kebanyakan landskapnya terdiri daripada kawasan padang pasir, gunung-ganang, hutan tebal serta jumlah hujan yang sedikit yang tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Hanya sekitar dua pertiga atau 485 juta hektar tanah sahaja digunakan untuk aktiviti pertanian. Oleh itu, tentu sahaja kita boleh katanya tanahnya tiada zat dan tidak subur. Walau bagaimanapun, Australia merupakan antara negara pengeksport hasil pertanian terbesar seperti gandum selain ternakan hidup, susu mentega, buah-buahan dan banyak lagi. Bagaimana mereka boleh maju dalam bidang pertanian berbanding negara kita?. Tentu sahaja dengan penggunaan teknologi hasil penyelidikan yang berjaya menjadikan mereka negara maju hasil kemajuan dalam bidang pertanian.

  [embed]https://youtu.be/nQHjjmIVjTU[/embed]  

Kemajuan yang diperolehi memerlukan tenaga kepakaran tempatan untuk aktiviti penyelidikan yang bakal memajukan aktiviti pertanian di negara kita. Jadi kenapa tidak anda yang menjadi pemangkin kepada kemajuan aktiviti pertanian di negara sendiri?. Untuk pengetahuan anda, sektor awam dan kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi pendidikan khas untuk bidang pertanian dan salah satunya adalah Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Rujuk video dibawah untuk mengetahui mengenai UCAM.

  [embed]https://youtu.be/KJmbjhEaCLQ[/embed]  

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan selain  program-program Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus pendek menerusi lima (5) buah fakulti dibawahnya iaitu Fakulti Agrosains, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Komputer, Fakulti Sains Sosial dan Sijil Kemahiran Malaysia (Klik pautan berwarna biru untuk melihat kursus pengajian yang ditawarkan berserta syarat kelayakan).

  maxresdefault  

Sekiranya anda risau mengenai kelayakan selepas menamatkan pengajian nanti, untuk pengetahuan anda, UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 

Selain itu UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2008 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges 2012/2013) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013 dan Sehingga kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 7000 orang graduan dalam bidang pertanian dan perladangan amnya.

  KR-0211  

Mengenai pembiayaan pengajian, UCAM menawarkan empat (4) pembiayaan pengajian kepada pelajar iaitu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia, Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pembiayaan oleh pihak RISDA sendiri menerusi Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (RISDA).

 

Kepada anda lepasan SPM/Setaraf, STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, Diploma yang  mempunyai kelayakan setaraf sekarang UCAM sedang membuka pengambilan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda untuk sesi pengambilan bulan Februari, Diploma serta Sijil bagi sesi pengambilan bulan Jun nanti. Bagi anda yang berminat, klik pautan di sini untuk terus ke portal rasmi permohonan. Manakala untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), klik di sini untuk ke portal rasmi dan muat turun borang permohonan. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail