Asasi Kolej (Foundation)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 05, 2016, 05:01 pm

AS-BM-Asasi-Kolej Asasi Kolej adalah program pra-universiti yang ditawarkan oleh institusi swasta, sebagai persiapan pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi.

Kenapa pilih kursus ini?

Asasi Kolej adalah cara paling cepat masuk ke universiti kerana subjek yang ditawarkan adalah khusus untuk bidang tertentu, biasanya setahun, dua semester, sementara ada yang tiga semester (dua semester panjang dan satu semester pendek). Pelajar juga boleh memohon PTPTN untuk belajar dalam kolej asasi di institusi berikut:

  • Multimedia University (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  • UNITAR International University (UNITAR)

Syarat masuk

Pelajar harus mendapat 5 kredit dalam SPM, dan untuk aliran sains, kredit untuk matapelajaran aliran sains.

Pilihan matapelajaran

Program asasi di kolej swasta biasanya menawarkan subjek yang berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi, seperti sains, perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang, komputer, IT dan kejuruteraan. Kementerian Pelajaran juga mewajibkan tiga subjek:

  • Bahasa Malaysia (kecuali mereka yang mendapat kredit dalam SPM)
  • Pengajian Malaysia
  • Pendidikan Islam/Moral

Kaedah penilaian

Pengajian Pelajar perlu mengambil 10-12 subjek untuk dihabiskan dalam masa setahun. Peperiksaan Penilaian berdasarkan kerja tugasan (seperti projek, tugasan, perbentangan, laporan dan kuiz) dengan ujian akhir semester di setiap penghujung semester. Nilai Program asasi memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda selepas menamatkan pengajian.

Yuran

Antara RM3,000 hingga RM20,000.

Cara daftar

Asasi kolej boleh dimohon melalui online di laman web pusat pengajian masing-masing. Kebanyakan kemasukan akan mula pada bulan Januari.

Jalan ke Uni

Asasi kolej biasanya hanya diiktiraf oleh institusi masing-masing kerana kursus yang diberi adalah berdasarkan kurikulum pusat pengajian tersebut. Jika mahu menukar universiti, pelajar perlu untuk mengambil jam kredit tambahan atau mengambil sekali lagi asasi kolej di universiti lain. Sesetengah universiti seperti Monash University dimana sijilnya diiktiraf oleh universiti-universiti di Australia dan New Zealand, serta universiti cawangan dari negara itu di Malaysia.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail