Ketahui Cara untuk menjadi Tenaga Pengajar di Institusi Kemahiran Awam & Swasta dalam Negara!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 30, 2017, 03:24 pm

Anda berminat untuk menjadi tenaga pengajar atau mudahnya pensyarah di institut kemahiran?. Anda memiliki kelayakan berikut :

 

 

 

Jika anda menepati kelayakan diatas anda layak untuk memohon melanjutkan pengajian selama 9 bulan setengah di PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) dalam Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Tamat pengajian anda boleh memohon sebagai tenaga pengajar di mana-mana institusi kemahiran bertauliah dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sama ada di awam atau swasta.

 

Struktur program latihan ini adalah seperti berikut :

 

  • Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
  • Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S) sebagai pensyarah pelatih.
  • Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) (SKM Tahap 3) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

 

Berminat?. Jika berminat hanya bidang tertentu sahaja yang ditawarkan. Jika anda memiliki kelayakan dalam bidang tersebut, anda layak untuk memohon. Kepada mereka yang memiliki ijazah, diploma atau sijil bukan dalam bidang berkaitan, anda WAJIB memiliki pengalaman kerja dalam bidang tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun. Berikut adalah bidang yang ditawarkan :

 

  • Electrical & Electronics, Telecommunications & Broadcasting Industry
  • Information Technology & Communications
  • Machinery & Equipment
  • Mechanical & Electrical Service and Maintenance
  • Transportation
  • Packaging
  • Interior Décor
  • Business Management
  • Printing
  • Textile & Apparel
  • Agriculture & Agrobased
  • Resource Based
  • Care & Community
  • Arts & Culture
  • Medical & Pharmaceuticals
  • Hospitality & Tourism
  • Souvenir & Small Enterprise
  • Building & Construction
  • Landscapping & Environmental

 

  KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :

  • Elaun sara diri
  • Yuran pengajian percuma
  • Latihan yang berkualiti
  • Kemudahan pembelajaran yang selesa yang merangkumi makmal, bilik kuliah, bengkel, sukan dan riadah

 

 

Kepada anda yang ingin memohon, bolehlah terus memohon melalui UPU dibawah UPUSKILLS (CIAST) di laman rasmi UPU dengan KLIK DISINI. Untuk tahun ini, permohonan belum lagi dibuka dan akan dibuka pada 26 Mei 2018. Jangan lupa memohon!

 

 

Semoga berjaya kami ucapkan!. Graduan lepasan sijil, diploma dan ijazah digalakkan memohon, inilah peluang anda untuk menjadi pensyarah bidang kemahiran memandangkan negara memang memerlukan lebih ramai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran! Jangan tunggu lagi!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail