Ketahui Cara untuk Memohon Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara (United Kingdom)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 31, 2017, 07:05 pm

Anda berminat melanjutkan pengajian ke luar negara?. Tahu bagaimana hendak memohon, syarat kelayakan, kursus yang ditawarkan, universiti mana yang menawarkannya dan paling penting bagaimana hendak memohon.

 

 

Tanpa melengahkan masa lagi, kami kongsikan terus di hujung jari anda mengenai panduan dan permohonan melanjutkan pengajian ke luar negara. Ikuti tip dan langkah berikut :

 

#LANGKAH PERTAMA

 

Pilih bidang yang diminati dahulu. Anda tidak digalakkan memilih universiti tetapi bidang pengajian. Ini kerana, jika ditawarkan ke universiti yang diimpikan sekali pun tetapi bukan dalam bidang yang diminati, tak ada guna juga. Kemungkinan nanti anda tidak dapat menyesuaikan diri sekaligus menjejaskan keputusan akademik kelak. Jadi buatlah pilihan dengan betul.

    

#LANGKAH KEDUA

 

Selepas memilih bidang, anda perlu layari laman web UCAS. UCAS ini fungsinya seperti laman web UPU dimana ianya digunakan untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti yang terletak di United Kingdom. Semua pelajar dari seluruh dunia menggunakan laman web ini untuk memohon kemasukan pengajian ke universiti  di negara itu.

 

 

#LANGKAH KETIGA

 

Selepas anda melayari portal ini, akan terpapar ruangan untuk membuat carian. Anda boleh membuat carian mengikut bidang yang diminati contohnya bidang forensik. Kemudian akan terpapar senarai semua kursus berkaitan forensik berserta dengan universiti yang menawarkannya.

 

 

#LANGKAH KEEMPAT

 

Selepas mengetahui kursus yang ditawarkan, spesifikkan carian dengan klik di bahagian kiri (lihat contoh dalam gambar). Kemudian akan terpapar kursus berdasarkan carian spesifik tersebut.

 

 

#LANGKAH KELIMA

 

Kemudian, semak satu persatu kursus yang ditawarkan atau boleh memilih yang mana menjadi pilihan hati. Apabila anda klik, akan terpapar informasi berkaitan kursus tersebut iaitu kenapa anda perlu belajar kursus ini, lokasi, tarikh permohonan dibuka serta info secara ringkas mengenai kursus yang ditawarkan seperti peluang kerjaya di masa hadapan dan sebagainya.

 

 

#LANGKAH KEENAM

 

Selepas itu, semak syarat kelayakan yang diperlukan. Anda boleh lihat kelulusan apa yang melayakkan anda diterima untuk kemasukan ke universiti tersebut dan kebiasaanya seperti yang kami sering katakan untuk ke luar negara syarat kelayakan paling mudah adalah apabila anda memiliki sijil A-Level atau International Baccalaureate. Klik setiap kelayakan dan semak sama ada anda memenuhi syarat atau sebaliknya.

 

#LANGKAH KETUJUH

 

Anda juga boleh menyemak jumlah yuran bagi program yang ingin dipohon tersebut. Jika menerima biasiswa nanti, anda sudah tahu sama ada biasiswa yang diterima mampu menampung kos sepanjang pengajian atau sebaliknya. 

 

 

#LANGKAH TERAKHIR

 

Tip terakhir adalah bagaimana hendak memohon. Jangan risau, akan ada tarikh spesifik dinyatakan. Anda boleh semak sama ada permohonan masih dibuka atau sudahpun ditutup. Jika ditutup buatlah semakan kursus yang lain pula.

 

 

Jelas dengan perkongsian ini?. Jika ingin jelas lagi, sila tonton video permohonan UCAS dengan Klik disini. Untuk melihat artikel menarik yang lain, anda boleh klik disini. Semoga berjaya kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail