Ketahui 20 Buah Syarikat yang Tawarkan Pekerjaan untuk Fresh Grad

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 11:07 am

Mencari pekerjaan sekarang sangatlah sukar. Dengan masalah ketidaktentuan ekonomi, majoriti syarikat jarang sekali mahu memberi peluang kepada graduan baru yang baru sahaja menamatkan pengajian untuk diterima bekerja di syarikat mereka. Rata-rata meletakkan syarat sekurang-kurang 1 tahun pengalaman kerja.

 

Namun dalam kalangan majoriti itu masih ada minoriti syarikat besar yang memikirkan masa depan syarikat mereka. Mereka mahu melatih generasi pelapis bermula dari staf bawahan hinggalah staf atasan yang akan terus menerus menyumbang kepada keuntungan syarikat kelak. Berikut kami kongsikan 20 buah syarikat terkemuka yang menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan baru.

 

 

20 Syarikat besar yang dikongsikan ini adalah berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jobstreet.com untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Jobstreet merupakan laman carian nombor 1 di Malaysia yang menerima puluhan ribu permohonan pekerjaan saban tahun. Majoriti majikan juga berdaftar dengan mereka untuk mencari pekerja yang terbaik.

 

 

Sebagai permulaan, kami nasihatkan anda untuk terus melayari laman rasmi syarikat-syarikat diatas dan buat semakan di sudut careers (kerjaya). Andainya tidak ada pekerjaan yang ditawarkan buat masa sekarang, tentu sahaja ada skim latihan pekerjaan (traineeship) yang ditawarkan oleh mereka. Mohon traineeship tersebut. Jika anda menunjukkan prestasi yang baik sepanjang traineeship, anda akan diserap terus bekerja di situ.

 

Jangan keliru antara program ini dengan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). SL1M ditawarkan untuk memberi ada pengalaman kerja sahaja tanpa jaminan pekerjaan disitu. Tetapi Traineeship ditawarkan oleh pihak syarikat sendiri bukan melalui inisiatif kerajaan. Buat apa mereka habiskan duit, bayar gaji anda tanpa sebarang pulangan keuntungan selepas itu?. Jika anda menunjukkan prestasi yang baik, sangatlah rugi jika mereka lepaskan anda ke syarikat lain!. Jadi inilah peluangnya untuk buktikan kemampuan anda. Apa-apa pun, perlu ada usaha untuk mengubah hidup anda. SEMOGA BERJAYA kami ucapkan!. Artikel di bahagian pautan berkaitan juga, sangat berguna untuk anda. Dapatkan sebanyak mungkin info yang dikongsikan oleh kami.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail