Keputusan Rayuan Matrikulasi Diumumkan Pada 8 Jun 2017, Jam 12 PM | Afterschool.my

Keputusan Rayuan Matrikulasi Diumumkan Pada 8 Jun 2017, Jam 12 PM

June 07, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan Rayuan ambilan kedua yang akan diumumkan pada pada 8 Jun 2017 mulai pukul 12.00 tengahari.

 

logo kpm no trans

 

Hanya pelajar SPM 2016 yang telah membuat rayuan sebelum atau pada 11 Mei 2017 boleh menyemak keputusan dengan klik SISTEM SEMAKAN RAYUAN MATRIKULASI. Semakan juga boleh melalui SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO.KP dan hantar ke 15888.

 

giphy (2)

 

Sekiranya anda berjaya dalam permohonan rayuan ini, anda dikehendaki untuk mencetak sendiri dokumen berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej pada 13 Jun 2017  seperti berikut :

 

giphy

 

  • 1) Surat tawaran
  • 2) Panduan pendaftaran pelajar
  • 3) Maklumat peribadi pelajar
  • 4) Akaun persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar
  • 5) Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • 6) Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

 

Semoga berjaya kami ucapkan!. Kepada yang tidak berjaya dan sedang meneruskan pengajian di Tingkatan 6, teruskan dan jangan berputus asa. Pra universiti itu hanyalah platform untuk anda ke pengajian Ijazah. Perjuangan tidak akan terkubur di situ sahaja. Setiap manusia yang berjaya akan sentiasa diuji dengan kegagalan untuk melihat sejauh mana anda berusaha untuk menebus kegagalan tersebut.

 

PAUTAN BERKAITAN

Tip Persediaan Masuk ke Matrikulasi yang Wajib Anda Tahu!

 

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun