Kenapa Kerajaan Tidak Menguar-uarkan Pekeliling 2009 yang Membenarkan Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Bersekolah di Sekolah Kerajaan? - Netizen

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 09, 2017, 11:41 am

Langkah prihatin kerajaan untuk membolehkan kanak-kanak tanpa kerakyatan bersekolah di sekolah kerajaan disambut baik oleh netizen. Walau bagaimanapun, baru-baru ini timbulnya isu dalam kalangan ibu bapa yang mempersoalkan kenapa perkara ini tidak diuar-uarkan kepada umum sedangkan pekeliling berkaitan perkara itu sudah dikeluarkan oleh kerajaan sejak tahun 2009. Tindakan tersebut telah menyebabkan ramai kanak-kanak malang ini tercicir dari alam persekolahan sehingga memberi kesan buruk kepada masa depan mereka.

 

5970154738_b2fac2bc46_b

 

4440514224_b9c1f775b2

 

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Mohamad Ali Hassan berkata, beliau sendiri tidak menyedari akan wujudnya pekeliling yang membenarkan kanak-kanak tanpa sijil kerakyatan bersekolah di sekolah awam.

 

mohamad-ali-hassan

 

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pekeliling berkenaan sudah dikeluarkan sejak tahun 2009 lagi,” katanya mengulas mengenai perkara ini.

 

Sementara itu, pengerusi Malacca Action Group, Mak Chee Kin berkata beliau turut tidak mendengar apa-apa berkaitan pekeliling ini.

 

mak_chee_kin_05032014

 

“Berita ini adalah berita baik kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kerakyatan untuk mendapat pendidikan yang sempurna, tetapi kenapa perkara ini seakan tidak diketahui oleh masyarakat umum?,” ujarnya mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menghebahkan perkara baik ini kepada masyarakat umum sehinggakan ada di antara nasib kanak-kanak malang ini tidak terbela.

 

Isu kanak-kanak tanpa kerakyatan ini mendapat perhatian umum apabila media menyiarkan kisah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun Tan Yao Chun, yang dilahirkan di Thailand. Bapanya adalah seorang warganegara Malaysia manakala ibunya merupakan warganegara Vietnam. Malangnya, bapa kepada Tan tidak mendaftarkan kelahirannya di kedutaan Malaysia di negara tempat Tan dilahirkan.

 

ahboyschool

 

Pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim berkata, guru besar dan pengetua sekolah perlu lebih proaktif dalam mencari garis panduan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tanpa kerakyatan ini. Ini adalah langkah persediaan sekiranya sekolah berhadapan dengan kes seperti ini kelak.

 

noor_azimah_abdul_rahim_page_interview_080714_tminajjua_03

 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Khair Mohamed Yusof dalam satu mesej teks kepada FMT telah mengesahkan Salinan pekeliling yang dikeluarkan pada 11 Mac 2009 dan ditandatangani oleh bekas Ketua Pengarah Alimuddin Mohd Dom. Pekeliling tersebut menyatakan, anak-anak yang dilahirkan oleh warganegara Malaysia tetapi tidak mendaftar kelahiran untuk hak kerakyatan, dibenarkan mendaftar di sekolah-sekolah kerajaan di negara ini. Walau bagaimanapun, Ibu bapa atau penjaga perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu dari ketua kampung bahawa anak mereka merupakan warganegara Malaysia.

 

d0b3

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail