Kemaskini Fasa Kedua UPU Online Dibuka 12 Jun 2017 untuk Lepasan Matrkulasi KPM/Asasi UiTM/PASUM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2017, 04:36 pm

Fasa kedua UPUONLINE dibuka bagi pelajar lepasan ASASI UITM/ PASUM/ MATRIKULASI KPM SESI AKADEMIK 2017/2018 sahaja.

 

TlXzTRT7

Untuk makluman, fasa kedua ini dibuka kepada pemohon lulusan Asasi UITM/PASUM/Matrikulasi KPM yang telah mengisi permohonan sistem UPUOnline pada fasa 1 sebelum ini untuk mengemaskini maklumat seperti berikut :

 
  • Maklumat pilihan program (1-12)
  • Maklumat peribadi (Alamat, No. Tel/Tel bimbit pemohon, No. Tel/Tel bimbit ibu/bapa, Email)
  • No kad pengenalan Ibu & Bapa (wajib)
 

Tarikh kemaskini akan bermula pada 12 Jun 2017, jam 12.00 PM hingga 30 Jun 2017, jam 5.00 PM. Kemaskini boleh terus dibuat di portal rasmi UPU dan sistem kemaskini akan dibuka pada 12 Jun nanti. Jangan ada yang bertanya tak ada pun apa-apa sistem dibuka.

 

giphy (3)

 

Kenapa perlu kemaskini?. Kemaskini ini penting terutamanya di bahagian kursus pilihan. Ini kerana besar kemungkinan kursus yang dipilih semasa permohonan fasa 1 sebelum ini tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

 

giphy (2)

 

Maklumlah, semasa mengisi keputusan peperiksaan akhir belum diumumkan lagi. Ada yang terlebih yakin dan ada yang terkurang yakin sama ada memenuhi syarat kursus yang dipilih. Selepas sahaja keputusan peperiksaan masing-masing diumumkan baru-baru ini, ada yang ingin mengubah fikiran. Maka, pihak UPU sangat baik hati untuk memberi anda peluang mengubah pilihan tersebut kerana jika teruskan juga dengan pilihan tersebut, anda mungkin akan gagal dalam permohonan.

 

giphy (1)

 

Jadi, anda boleh semak semula kursus manakah yang anda layak di e-panduan UPU mengikut keputusan yang diperolehi. Kemudian buatlah pilihan dan kemaskini di laman portal UPU nanti. Jangan lupa tekan "HANTAR" selepas mengemaskini maklumat.

 

upu fasa kedua

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail