Kelebihan & Kelemahan Tingkatan 6 (STPM)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 26, 2021, 02:53 am

Ramai yang tidak berminat untuk masuk ke tingkatan 6 (mengambil STPM) kerana laluan ini dikatakan salah satu laluan yang agak sukar dan perlu kembali semula ke sekolah. Mana-mana laluan pun ada kelebihan dan kelemahannya.

 

Anda sendiri perlu yakin dengan diri sendiri dan berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut. Berikut kami kongsikan semua info mengenai tingkatan 6 berserta kelebihan dan kelemahannya.

 

 

Laluan STPM ini juga merupakan antara laluan "fast-track" untuk perolehi degree selepas laluan Matrikulasi PST (Program 1 Tahun) dan Asasi (1 tahun). Untuk pengetahuan anda, majoriti universiti membuat pecahan kuota tempat setiap kursus adalah seimbang untuk semua lepasan pra universiti. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang berminat untuk ke tingkatan 6 maka peluang tinggi untuk berjaya dalam permohonan ke peringkat pengajian degree walaupun memperolehi keputusan yang cukup makan atau di tahap sederhana. Hal ini terjadi kerana, persaingan merebut tempat sesama lepasan STPM rendah berbanding lepasan lain kerana seperti mana yang kami katakan, tidak ramai yang memohon ke tingkatan 6. Jadi persaingan merebut tempat dalam sesebuah kursus pengajian degree yang ditawarkan dalam kalangan lepasan STPM adalah rendah berbanding lepasan lain. Jadi buatlah pilihan yang terbaik, semoga berjaya.

 

MAKLUMAN PENTING :

Kepada pemohon UPU 2020/2021, anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPU 2020/2021mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :

LEPASAN SPM SETARAF

LEPASAN STPM SETARAF

MOHON UPU SEKARANG

 

ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail