Kelebihan & Kelemahan Diploma

July 17, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Diploma merupakan salah satu laluan yang boleh dipilih oleh lepasan SPM. Laluan ini merupakan laluan yang paling lama tempoh pengajiannya berbanding laluan-laluan yang lain. Kalau anda memang berhasrat untuk menamatkan pengajian dengan cepat dan untuk mengelakkan berhutang, tidak digalakkan untuk memohon diploma.

 

IMG_2237

 

Seperti mana yang dikatakan, setiap laluan ada keistimewannya yang tersendiri. Berikut kami kongsikan kelemahan dan kelebihan laluan diploma sekaligus menjadi panduan kepada anda untuk memilih laluan yang terbaik.

 

diploma

 

Secara ringkasnya, walaupun tempoh pengajiannya memakan masa yang agak lama iaitu 3 tahun, namun pelajar diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal/ilmiah. Menerusi latihan itu, pelajar akan memperolehi pengalaman kerja yang sememangnya dituntut oleh majikan sebagai salah satu syarat utama dalam semasa memilih pekerja. Mudah untuk mereka ditawarkan pekerjaan berbanding laluan yang lain.

 

Kelemahan ketara selain tempoh pengajian adalah mengenai pinjaman pendidikan. Pelajar diploma terpaksa membuat pinjaman pendidikan dan jika mereka memperolehi keputusan yang cemerlang sekalipun, pinjaman tersebut tidak akan ditukar kepada biasiswa. Hanya pengajian di peringkat ijazah sahaja akan ditukar status menjadi biasiswa Rugi bukan?. Sedangkan laluan lain kebanyakkan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Walau apa pun terpulang kepada anda untuk tentukannya.

 

Pautan Berkaitan

 

4 Universiti Awam yang Terima Lulusan Diploma Kemahiran untuk Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda!

Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP), Program Kemahiran Profesional Percuma untuk Graduan Diploma & Ijazah

Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) Untuk Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda

Diploma

Mana lebih jimat – Diploma atau Pra-Universiti?

Matrikulasi, Asasi atau Diploma?

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log Masuk