Info yang Perlu Anda Tahu Mengenai MUET untuk Melayakkan Anda Masuk Universiti!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 08:55 am

Anda masih lagi pening lalat mengenai Malaysia University English Test (MUET)?, perlu ke mengambil ujian MUET ini?, siapa yang wajib mengambilnya?, dimanakah hendak mendaftar untuk ujian ini?, bagaimana dengan syarat untuk mengambiL MUET dan banyak lagi soalan.

 

 

Oleh itu, untuk membantu anda, kami sudah kumpulkan semua soalan yang sering ditanya dan kami kongsikan kepada anda menerusi artikel ini.

 

Siapakah yang perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?

Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama (degree). Kalau hendak masuk diploma, STPM, asasi dan lain-lain tidak perlu ambil MUET. Selepas tamat pengajian pra universiti dan jika anda bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sahaja WAJIB ambil MUET. 

 

Berapa kalikah MUET dijalankan dalam setahun?

Mulai 2012, MUET dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November. Untuk tahun 2022, berikut adalah kalendar tarikh peperiksaan MUET.

Bermula April 2018, Muet on Demand (MoD) telah diperkenalkan berdasarkan permintaan pemohon, dimana keputusan peperiksaan bakal diperolehi selepas tempoh 3 minggu peperiksaan dijalankan. Untuk info dan pendaftaran MoD, sila klik pautan berikut : Muet on Demand. Permohonan menduduki MoD sedang dibuka sekarang. 

Apakah syarat kelayakan untuk menduduki MUET?  

Tiada apa-apa syarat dikenakan.

 

Ada berapa kertas dalam MUET?

Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

 

Berapakah bayaran yuran MUET?

Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00 (warganegara), RM350 (bukan warganegara) manakala untuk Muet on Demand (computer based test dan paper based test), bayaran dikenakan sebanyak RM 250.00 (warganegara), RM 550 (bukan warganegara). 

 

 

Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran MUET?

Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online) sekiranya anda calon individu. Bagi calon dibawah sekolah (calon STPM), jangan risau pihak sekolah sendiri akan mendaftar untuk anda. Untuk permohonan mengikut jenis peperiksaan MUET boleh klik pautan dibawah :

 

Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya?

Calon boleh menyemak status pendaftaran dengan dua cara:

i. Semakan status pendaftaran MUET biasa 

ii. Semakan status pendaftaran MUET on Demand (MoD)

 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?

Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM dengan klik Semakan Slip Daftar MUET (MUET/D) Individu and muat turun/cetak slip.

 

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?

  • Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui url http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.
  • Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
  • Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara dalam talian ialah pada 16 hingga 22 Februari 2022 bagi MUET Sesi 1 tahun 2022, 10 hingga 17 Mei 2022 bagi MUET Sesi 2 tahun 2022, manakala bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2021 ialah pada 30 Ogos hingga 5 September 2022.
  • Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.

 

Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?

Ya. bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.

 

Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET sahaja?

Tidak boleh, perpindahan pusat ujian adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).

 

Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?

Tidak boleh.

 

Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan. Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?

Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:  

i. calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

ii. calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

 

  

 

Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?

Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?

  • Calon boleh membuat pindaan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, dan alamat surat menyurat sekiranya terdapat kesilapan pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP), Slip Daftar MUET (MUET/D), atau Sijil MUET.
  • Calon perlu melengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon (MUET/C9) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan salinan kad pengenalan dengan kadar segera.
  • Permohonan pindaan ini perlu diterima di MPM selewat-lewatnya dua minggu selepas MUET/D dimuatnaik di portal MPM bagi mengelakkan dikenakan caj. Sebarang permohonan yang diterima dua minggu selepas MUET/D dimuatnaik di portal MPM akan dikenakan bayaran RM25.00 per calon.
  • Pindaan maklumat akan dilakukan pada Sijil MUET. MUET/D dengan maklumat yang silap sah digunakan untuk menduduki MUET.
  • Klik untuk mendapatkan MUET/C9

 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan slip keputusan MUET?

Calon boleh membuat permohonan secara bertulis kepada MPM. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan slip keputusan MUET?

Ya.i. Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.ii. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

 

Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?

Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.

 

 

 

Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?

Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:

(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.

(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

 

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?

Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:

i. melalui Portal MPM https://www.mpm.edu.my/en/muet/semakan-muet-d

ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT dan hantar ke 15888.

 

Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

  • Boleh. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara dalam talian di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/. 
  • Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi. 
  • Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/status/ selepas 30 hari dari tarikh tutup permohonan (hari bekerja). 
  • MPM hanya akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

 

Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

Ya. Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat bayaran pendaftaran secara perbankan internet melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).

 

Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?

Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon

 

Berapa lamakah tempoh permohonan untuk mendapatkan salinan penyata keputusan MUET?

Penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.

 

 

 

Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?

Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.

 

Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan? 

MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan. Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemerosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.

 

Bolehkah saya memohon semula slip keputusan MUET sekiranya hilang?

  • Calon yang kehilangan slip keputusan MUET boleh memohon Penyata Keputusan MUET yang sah daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran sebanyak RM20.00 (untuk permohonan pertama atau RM30.00 (untuk permohonan kedua) atau RM50.00 (untuk permohonan ketiga dan seterusnya) akan dikenakan.
  • Pemohon hendaklah melengkapkan Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/MUET yang boleh didapati dan dicetak dari portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
  • Penyata Keputusan MUET boleh diperolehi melalui cara berikut:
    • Mel
      • Pembayaran hendaklah dibuat secara Pos / Kiriman Wang / Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, berserta salinan Kad Pengenalan calon. Permohonan juga hendaklah disertakan dengan sampul surat beralamat sendiri 23cm x 32.5cm dan setem RM2.00 serta kod bar Pendaftaran Negeri bernilai RM2.20.
      • Penyata MUET akan diposkan kepada calon dalam tempoh sehari selepas permohonan diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan yang tidak termasuk perkara yang diminta dalam perenggan di atas akan dianggap tidak lengkap.
    • Permohonan di Majlis Peperiksaan Malaysia
      • Pembayaran boleh dibuat secara tunai dan pemohon akan menerima Penyata MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan diterima. Salinan Kad Pengenalan calon dan wakil hendaklah dikemukakan sekiranya pemohon meminta wakil untuk memohon bagi pihaknya di Majlis Peperiksaan Malaysia.
      • Klik untuk mendapatkan Permohonan Mendapatkan Salinan Borang Penyata Keputusan Peperiksaan STPM / MUET

 

Oleh itu, diharapkan perkongsian ini membantu memudahkan anda dalam mencapai impian melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kelak. Sekiranya anda ada pertanyaan lain mengenai MUET, boleh terus layari laman web MPM :https://www.mpm.edu.my/en/muet/instructions-and-guidelines-for-muet-candidates-admission. Semoga perkongsian ini membantu anda!

 

ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail