Ijazah sarjana muda kelayakan minima jururawat

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2016, 03:52 pm

Kementerian Kesihatan berazam meningkatkan taraf kelayakan jururawat dari diploma ke peringkat ijazah sarjana muda.nurses Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, 89,000 jururawat di negara ini di sektor awam memiliki sijil diploma, sementara cuma 652 orang sahaja memiliki sijil ijazah sarjana muda. "Untuk meningkatkan kualiti serta kelayakan jururawat, pihak kementerian berusaha untuk menjadikan profesion kejururawatan sebagai profesion yang mementingkan pengetahuan dan kemahiran," kata Dr S Subramaniam lagi. Nisbah jururawat dengan penduduk Malaysia hari ini ialah seorang jururawat untuk 297 orang, melebihi sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) iaitu seorang jururawat untuk 200 orang. AS-Q&A-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail