Graduan Undang-Undang Terkilan, Format Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) Diubah Saat Akhir

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 16, 2017, 12:27 pm

Pensyarah dan graduan undang-undang terkilan dengan perubahan format peperiksaan Certificate in Legal Practice (CLP) atau Sijil Amalan Guaman Malaysia di saat-saat akhir. Perubahan format tersebut mendapat rungutan majoriti pensyarah dan 1,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada bulan ogos nanti.

 

C438spTUEAEVOBw

 

Ketidakpuasan itu timbul berikutan notis perubahan format baharu untuk kertas peperiksaan Tatacara Jenayah dimaklumkan di saat akhir menerusi notis hebahan yang hanya dihebahkan melalui portal Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang pada 25 Mei yang lalu, iaitu lebih kurang tempoh dua bulan sebelum peperiksaan. Format sebelum ini, calon diberi pilihan menjawab empat daripada tujuh soalan dalam kertas Prosedur Jenayah tetapi dalam format terbaru ini, calon mesti menjawab satu soalan wajib dan tiga soalan pilihan yang lain.

 

1

 

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau kecewa dengan notis di saat akhir selain hanya dihebahkan melalui portal mereka sahaja dan beliau akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk pengetahuan anda, peperiksaan CLP adalah salah satu peperiksaan paling sukar harus ditempuhi oleh lulusan undang-undang sebelum melayakkan mereka menjadi pengamal undang-undang yang bertauliah.

 

Hi!

 

Selain itu, graduan undang-undang di luar negara yang memegang ijazah undang-undang atau LLBs turut dikehendaki mengambil peperiksaan CLP yang terdiri daripada 5 kertas iaitu General Paper, Professional Practice, Evidence, Criminal Procedure dan Civil Procedure sebelum membolehkan mereka menjadi pengamal undang-undang di negara ini.

  5 CLP PAPER  

Pengarah urusan di Brickfields Asia College yang merupakan kolej undang-undang terkemuka di negara ini menerusi pensyarah kanannya Raja Singham berkata, adalah tidak adil kepada pelajar. Beliau berkata lembaga itu sekurang-kurangnya perlu menyediakan sampel format baru dan memaklumkan kepada pelajar lebih awal. "Saya telah menerima banyak panggilan dan mesej daripada pelajar yang bimbang akan perubahan ini," katanya.

 

BAC_CLP & LLB 2016 (Plasma)

   

Perubahan di saat ini, tentu akan menjejaskan persediaan mereka kerana format itu sedikit sebanyak menjadi garis panduan untuk menghadapi peperiksaan penting itu. Ada di antaranya sudah 3 kali mengambil peperiksaan ini. Bayaran pula bukannya murah, RM4,000!. Kebanyakan pelajar yang ditemu bual oleh Akhbar The Star, terkilan mengenai notis yang singkat kerana ia telah menjejaskan persediaan mereka. Sebahagian daripada mereka juga merasakan bahawa garis panduan mengenai format sebelum ini akan membantu mereka dari segi persediaan mental.

 

Untuk pengetahuan anda, calon mesti lulus semua 5 kertas dalam satu peperiksaan. Jika gagal mereka hanya diberi empat kali percubaan untuk mendapatkan CLP. Tahap kesusahan untuk mendapatkan CLP ini terbukti apabila kadar kelulusan keseluruhan bagi peperiksaan CLP telah menjunam dari 94.79% sejak awal penubuhannya pada tahun 1984 kepada hanya 40% pada tahun-tahun kebelakangan ini.

 

94.79%

 

Pada bulan Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu Parlimen bahawa kerajaan tidak menetapkan sebarang kuota bilangan CLPs yang akan dilahirkan setiap tahun. Berikutan peratusan yang berjaya memperolehi CLP ini kian menurun, ada dalam kalangan penggubal undang-undang yang mencadangkan untuk memperkenalkan peperiksaan Bar yang sama untuk semua graduan undang-undang. Setakat ini, Badan Peguam Malaysia mempunyai keseluruhan 17,000 orang ahli.

 

DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID, MENTER DI JABATAN PERDANA MENTER

 

Menurut pandangan kami, kenapa tidak sahaja peperiksaan CLP ini diambil pada tahun akhir pengajian selain yurannya termasuk dalam yuran pengajian pelajar. Adalah tidak adil bagi mereka yang telah tamat pengajian, terpaksa mencari wang untuk menduduki peperiksaan ini selain hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung. Namun hadkan hanya sekali peperiksaan sahaja, jika gagal tanggung sendiri jika ingin mengambilnya semula. Cadangan memgenai peperiksaan Bar untuk pelajar adalah cadangan yang bernas. Apa pula pandangan anda, kongsikan di ruangan komen supaya dapat membuka mata pihak yang berkaitan?. Gunakan kuasa media sosial!. Apa-apa pun kami ucapkan semoga berjaya kepada semua calon.

 

looking for job

 

SUMBER : THE STAR

 

PAUTAN BERKAITAN

  https://afterschool.my/bm_old/berita/semak-gelaran-dr-profesor-individu-secara-online-untuk-elak-ditipu-hidup-hidup/ https://afterschool.my/bm_old/berita/program-teach-for-malaysia-buka-peluang-kepada-graduan-bukan-pendidikan-untuk-menjadi-guru/ https://afterschool.my/bm_old/berita/10-pekerjaan-terkini-pada-masa-hadapan-yang-ditawarkan-oleh-majikan-talentcorp/ https://afterschool.my/bm_old/berita/ireland-destinasi-pilihan-pelajar-malaysia/ https://afterschool.my/bm_old/berita/tip-mencari-biasiswa-yang-wajib-anda-tahu/
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail