Fokus pada kemahiran untuk gaji tinggi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 22, 2016, 12:12 pm

Mohd. Nazri Zakaria, COO bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, akui sesiapa sahaja mampu peroleh pendapatan tinggi dalam industri pembinaan dan mengatasi pekerjaan-pekerjaan dalam bidang lain.woman-at-work-wearing-makeup-skills Menurut Mohd. Nazri, terdapat bekas pelajar ABM Wilayah Utara yang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan kren mobil (mobile crane) dan mampu memperoleh pendapatan hingga RM10,000 sebulan selepas hanya dua tahun tamat belajar. Tragedi kren mobil yang dikatakan melibatkan pekerja warga asing baru-baru ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran tinggi dalam kalangan pekerja tempatan yang terlibat dalam industri pembinaan ini. Katanya lagi, pendapatan yang diperoleh melebihi pendapatan kebanyakan mereka yang bergelar graduan selepas dua tahun tamat belajar di menara gading. Apa yang berlaku di negara kita, generasi muda atau belia tempatan sering kali dimomokkan kononnya jika tidak dapat memasuki menara gading, maka gelaplah masa depan. Pandangan seperti inilah yang menyebabkan dunia pekerjaan Malaysia dalam bidang kemahiran tinggi terutamanya pembinaan mengalami kekurangan pekerja tempatan. Bukannya kita tidak mampu mengeluarkan pekerja yang berkemahiran tinggi tetapi faktor kurang berminat disebabkan momokkan sebegini yang merugikan ekonomi negara. Pada masa sama, tidak ramai ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang pembinaan ini. Menurut Dr. Rohami Shafie, Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia, tiada sebab belia tempatan mahupun ibu bapa perlu ragu-ragu dengan masa depan industri pembinaan terutamanya kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap industri pembinaan. Ini kerana dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), kerajaan menyasarkan industri pembinaan berkembang pada kadar 10.3 peratus setahun. Industri ini juga dijangka akan menyumbang sebanyak 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail