Elaun Sara Hidup Pelajar PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG) dimansuhkan?

July 11, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Berita ini agak mengejutkan dunia pendidikan amnya. Mana mungkin elaun untuk melahirkan pendidik anak bangsa dimansuhkan begitu sahaja. Atas alasan apa ianya dimansuhkan?. Kami juga tidak tahu apa alasannya. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang boleh memberi mengesahkan khabar angin ini adakah benar elaun pelajar telah dimansuhkan.

 

giphy (1)

 

Elaun yang dikatakan dimansuhkan itu adalah elaun sara hidup bagi pengajian di peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Pihak KPM dikatakan hanya akan menampung yuran pengajian dan penginapan pelajar sahaja sepanjang pengajian. Manakala elaun sara hidup bagi program pengajian di peringkat persediaan yang dikenali sebagai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) masih dikekalkan. Berikut kami kongsikan status peruntukkan yang diberikan :

 

Pelajar PISMP

 

 

Pelajar PPISMP

 

 

PTPTN Menanti Tiada Lagi Elaun Sara Hidup Pelajar IPG PISMP

 

Adakah ianya benar?. Sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi daripada pihak KPM berhubung perkara ini. Sama-samalah kita menunggu makluman rasmi daripada pihak kementerian itu. Jika ianya benar, maka pelajar yang kurang berkemampuan, bolehlah memohon pinjaman PTPTN untuk menampung kos sara hidup. Bertambahlah peminjam tegar PTPTN nampaknya.

 

ptptn-debt

 

Walau bagaimanapun, kami beranggapan pelajar-pelajar IPG ini masih bernasib baik kerana mereka diberi tempat tinggal percuma dan tidak perlu membayar yuran pengajian. Kepada pelajar PPISMP yang tidak mahu membuat pinjaman, bolehlah mula mencari pekerjaan sambilan sebagai persediaan untuk masuk ke pengajian degree nanti. Dinasihatkan juga untuk semak pautan berkaitan di bawah sebagai persediaan. Hihi

 

PAUTAN BERKAITAN

 

Panduan Lengkap Permohonan PTPTN

Log Masuk