Cara Semakan Keputusan SPM Secara Online & SMS! | Afterschool.my

Cara Semakan Keputusan SPM Secara Online & SMS!

March 15, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Esok masing-masing tentunya berdebar-debar bukan?. Bukan setakat pelajar sahaja, ibu bapa, guru-guru gelisah tidak tidur lena menanti hari esok.

 

IMG-20150303-WA0009

 

Jadi kepada ibu, bapa yang mungkin tidak sempat menemani anak-anak anda mengambil keputusan peperiksaan esok atau calon persendirian, jangan risau kami akan kongsikan cara semakan menerusi online dan melalui SMS bagi memudahkan anda.

 

IMG-20160303-WA0084

 

Semakan keputusan SPM secara atas talian boleh dibuat melalui laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Laman ini boleh mula diakses mulai pukul 10.00 pagi esok. Klik pautan ini untuk terus ke link semakan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/ 

 

kursus

 

IMG_3842

 

SEMAKAN MELALUI SISTEM KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)

 

Semakan secara SMS juga boleh dilakukan mulai jam 10.00 pagi esok sehingga 22 Mac, jam 6.00 petang. Untuk anda yang ingin menyemak melalui semakan SMS boleh rujuk gambar seperti di bawah :

 

semakan keputusan SPM 2016

 

CARA MENDAPATKAN SLIP KEPUTUSAN SPM

 

Kepada anda yang hendak mendapatkan slip keputusan SPM, boleh mendapatkan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi esok. Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklukan menerusi pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat anda mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM dahulu.

 

Kenyataan SPM 2016

Kami di Team Afterschool turut akan berada di sekolah-sekolah terpilih dan mungkin adalah sekolah anda. Jadi bersiap sedia esok untuk menjadi artis kerana kami akan kongsikan wajah kegembiraan dan kesedihan anda di portal dan laman rasmi Afterschool. Semoga berjaya kepada calon SPM 2016 semua!.

 

IMG_4887

 

INFO MENARIK YANG LAIN?

 

Program pengajian dan permohonan online separa perubatan kerajaan

 

Tip Temuduga Biasiwa yang wajib anda tahu!

 

Universiti hebat dalam bidang kejuruteraan

 

Macam mana hendak jadi guru?

 

Sambung belajar di Rusia dalam bidang doktor perubatan

 

Panduan lengkap masuk IPT dan tip permohonan UPU

 

Tawaran biasiswa untuk pelajar asasi

 

Laluan selepas SPM untuk menjadi Peguam, Hakim, pendakwa raya atau jawatan berkaitan perundangan

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun