Cara Mohon Sambung Belajar Menggunakan Sijil Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) untuk Peringkat Pengajian Sijil, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 09, 2017, 04:00 pm

Ada 3 golongan individu yang biasanya berminat untuk memohon sijil APEL. Pertama, pelajar lepasan kemahiran seperti di Kolej Vokasional/ Sijil Kemahiran Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kedua, pelajar IPT yang selepas tamat pengajian menceburi kerjaya yang lain dan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kerjaya yang diceburi. Ketiga, individu yang hanya mempunyai pengalaman kerja semata-mata tanpa sebarang kelayakan akademik.

 

Jadi anda dibawah kategori yang mana?. Sebelum terus kepada permohonan, anda WAJIB ketahui dahulu apa itu APEL, kenapa APEL diperkenalkan, bagaimana dengan syarat kelayakan permohonan jika berminat untuk memohon dan bayaran yang dikenakan untuk memohon sijil APEL?.

 

 

Sijil APEL terbahagi kepada 3 kategori iaitu APEL A, C dan Q. Buat masa sekarang hanya APEL A dan C sahaja dilaksanakan manakala APEL Q dijangka akan dilaksanakan menjelang tahun 2020.  Info lanjut perbezaan antara ketiga-tiga kategori ini rujuk dibawah :

 

 

Jika dirujuk kepada gambaran maklumat di atas secara umumnya, jika anda lepasan Teknik & Vokasional di Kolej Vokasional (Diploma Vokasional Malaysia), anda wajib  memohon sijil APEL dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Berikut adalah kenyataan rasmi daripada MQA.

    

Manakala, pelajar lepasan IPT contohnya pelajar yang ingin ke peringkat pengajian yang tinggi seperti degree/master yang mempunyai pengalaman kerja atau sijil-sijil kursus pendek yang boleh dijadikan sebagai bukti untuk tujuan pemindahan kredit, boleh memohon APEL - C dan memohon melanjutkan pengajian di UITM, WOU, OUM dan INTI International University. Untuk peringkat ijazah sarjana (Master), hanya bidang berikut sahaja yang ditawarkan buat masa ini di universiti berkenaan :

 

 

Anda jelas dengan kategori dan berminat untuk memohon?. KLIK DISINI untuk ketahui proses permohonan dan link permohonan yang kami kongsikan mengikut tahap pengajian. Semoga berjaya

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail