Buku Panduan Masuk Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bantu Pelajar Buat Pilihan yang Tepat

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 11:50 am

 

Peperiksaan SPM bakal berakhir tidak lama lagi. Menyambung pengajian itu tentunya termasuk dalam senarai agenda yang utama bukan?. Walau bagaimanapun, anda tentu keliru untuk membuat pilihan sama ada untuk menyambung pengajian ke program AsasiPintar, Asasi Universiti Awam, Matrikulasi, STPM, Diploma atau Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP).

 

Kini tidak perlu bimbang lagi kerana dilema anda tersebut telah diatasi menerusi terbitan sebuah buku panduan masuk IPT dan e-book yang berkongsikan mengenai pelbagai panduan kemasukan dan pengajian di IPT. Penghasilan buku panduan dan e-book ini pasti menjanjikan pelbagai info yang menarik dan terbaik hasil daripada gabungan kolabrasi bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Program Jom Masuk IPT yang diadakan saban tahun.

    

Info yang dikongsikan dalam buku panduan dan e-book ini merangkumi perkara berikut:

 

  1. Bual bicara bersama ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Asma Binti Ismail mengenai kualiti pendidikan di Malaysia.
  2. Senarai universiti awam dan universiti swasta mengikut kategori sama ada universiti penyelidikan, universiti berfokus, universiti komprehensif atau universiti penyelidikan.
  3. Fakta dan info mengenai Pra- universiti meliputi program AsasiPintar, Asasi di Universiti Awam, Matrikulasi, STPM, Diploma, PPISMP.
  4. Info mengenai tempoh pengajian mengikut program yang diikuti.
  5. Syarat kelayakan kemasukan ke IPT.
  6. Langkah permohonan melalui UPU iaitu menerusi laman rasmi Bahagian Pengambilan Kemasukan Pelajar (UPU, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  7. Faktor yang menyebabkan permohonan ditolak.
  8. Panduan langkah untuk memohon rayuan sekiranya  permohonan masih ditolak tetapi ingin menyambung pengajian, di manakah insitusi yang menawarkan kursus mengikut bidang yang diminati.

    

Oleh itu, anda WAJIB memilikinya sekarang! kerana ianya menyediakan info yang lengkap dan tepat. Buku panduan dan e-book ini  akan menjadi  sumber rujukan utama sekali gus memudahkan anda mengenal pasti universiti mana yang terbaik dan membuat pilihan yang tepat sebelum melanjutkan pengajian.

 

Bagi anda yang berminat untuk mendapat e-book secara atas talian (online) ini boleh klik di sini. Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak panduan lain berkaitan bidang pendidikan, anda boleh melayari laman web rasmi afterschool.my di sini.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail